kucing boleh tau bila ajalnya akan sampai...
Ada orang kata..
kucing x akan mati di rumah sekiranya dia tau dia akan mati kecuali dia sakit teruk..sebab dia sendiri berasa sedih untuk meninggalkan tuannya buat selama-lamanya..
Ada orang kata..
kucing akan mendoakan tuannya sebagai cara untuk membalas budi ketika tuannya menjaganya ketika dia masih hidup..
...
Susah untuk menerima hakikat CheeKoo dah tiada..
sama ada masih hidup atau mati x tau pa nasibnya..sekiranya masih hidup, semoga hari-hari yang dilaluinya lebih baik daripada sebelumnya..sekiranya mati, biarlah Tuhan menjaganya..
Susah untuk menerima hakikat CheeKoo dah tiada..
CheeKoo sememangnya kucing yg menyerikan lagi rumah..tiap2 minggu i balik sebab rindu tul ngan dia..dia la kucing yg i jaga sejak baby sampai la hari dia hilang..
CheeKoo..
Dilahirkan di bumbung rumah ( sememangnya tempat favourite mama dia untuk beranak ). 1 hari, tiba2 ada baby meow terjatuh dari bumbung..kecik lagi..masih nyusu & jalan pun masih lum stabil..mama kandung baby meow ni x sedar salah satu daripada anaknya terjatuh dari bumbung. Jadi, terpaksa la baby meow ni menyusu ngan mama angkatnya yg kebetulan kematian anak. Tempat favourite mama angkat ni pula di belakang almari tv. Jadi, tinggallah baby meow tu d sana buat beberapa ketika..
Ntah kenapa..
Mama angkat baby meow x mau lagi menyusukan baby meow tu..sian tul tengok baby meow mengiau kelaparan..sejak tu la i & adik i amik tugas mama angkat baby meow tu..kami rasa dia lapar jak kami bg la susu pekat manis..tym tu tawakal ja la coz x tau mo bagi susu apa..
Hari demi hari..
Baby meow semakin membesar..i bagi la nama CheeKootitas..nick name dia CheeKoo..nama panggilan dia d rumah KooKoo..sampai masanya, kami ajar dia makan whiskas dalam tin..whiskas dalam tin tu kan lembik, jadi sesuai la untuk CheeKoo..susah xda mama meow ni..xtau cam mana mo ajar dia minum cara kucing..terpaksa kami titiskan air kat mulut dia..nasib baik la lama2 tu pandai juga dia minum sendiri..
Dari kecil..
CheeKoo sememangnya kucing yg aktif..oleh kerana dia xda kawan sebaya, terpaksa la kami yang men kejar2 ngan dia..i betul2 jaga dia cam jaga baby..ada tym makan, tym tdo, ada bantal & selimut khas untuk dia..oleh kerana dia xda mama untuk make her comfortable, i selalu la tdo ngan dia..
CheeKoo..
tidak pernah pijak tanah..tidak pernah kuar rumah sejak pandai berjalan..selalu men kejar2 dalam rumah jak..1 hari, i bawa dia kuar..terpaksa jaga dia coz nanti dia lari ntah ke mana..mula2 tu i bawa dia ke kawasan bersimen..suka la dia lari2..pas2 i bawa dia ke kawasan berumput..dia geli & xmo lari2 d situ..puas i bawa dia ke kawasan berumput..tapi puas juga dia berlari untuk ke kawasan bersimen..pelik tul kucing ni..setelah berhari-hari bawa dia kuar, dia mo da pijak tanah, berlari di kawasan berumput..pas2 belajar kuar dari tingkap..satu perkembangan yg sihat la untuk kitten..
Kuat makan..
ni kelebihan yg ada ngan dia..mungkin sebab dari kecik kena suap makanan banyak2..so sampai besar la dia kuat makan..bagi la dia pa ja..whiskas / friskies sememangnya makanan wajib..ayam, ikan, telur, sayur, coklat, atau pa2 ja la yg tuan dia makan mesti dia mo juga..selagi x kena bagi selagi tu la dia x puas ati..
Susah hati..
bila dia sakit..lemah gemalai & tidak aktif..susah hati bila tengok dia baring ja..x lari2 cam biasa..beberapa kali demam tapi pastu ok bila bagi dia ubat & dia sendiri cari ubat..kucing biasanya makan rumput klo sakit kan..tapi bukan senang mo bagi kucing sekor ni makan ubat..payah tul..
Tiba-tiba..
CheeKoo sakit teruk..maybe terkena jangkitan memandangkan tym tu ada wabak penyakit kucing..1 hari 1 ekor kucing i mati..daripada 17 ekor tinggal 10 ekor lagi termasuk CheeKoo..CheeKoo da stat x aktif..mata dia lain da tym 2..malam tu dia demam & baring ja..sian dia..
CheeKoo ada balik?
Itu la soalan pertama mama i tanya pas i bangun tdo tengahari tu..mesti la i x tau coz i baru bangun..rupa2nya CheeKoo lari keluar dari rumah pagi tu tym mama i mo bagi dia makan ubat..mama i x dapat kejar coz tym tu ada tetamu..
Keesokan harinya..
CheeKoo lum balik..susah hati, risau..dia kan sakit..klo ada pa2 cam mana?klo anjing kejar dapat ke dia lari?kena culik ke?macam2 da dalam kepala i..
Lusa..
masih menunggu..bila la CheeKoo mo balik ni..
Seminggu kemudian..
masih lagi menunggu..rindu..susah hati..takut pa2 terjadi..
2 minggu kemudian..
masih lum balik..tetap menunggu..rindu ngan sora dia, keletah dia..rindu bila teringat selalu minta makanan..teringat dia mengiau minta telur yang i makan..itu la permintaan terakhir dia sebelum dia lari..mama i da give up..sangka dia mati..i x mo give up..x mungkin..
Sampai sekarang..
i masih tunggu dia balik..lum dapat terima hakikat dia da tiada..rindu masih ada..x mungkin hilang..
0 comments:
Post a Comment