Hope masi x terlambat utk i ucapkan selamat raya cina kepada yang menyambut raya cina..

Melalui blog ni, i nak ucapkan GONG XI FA CAI especially for myBiepo & x lupa juga kepada kawan2 lain, Jacq, Imran, Bobo, Marina & Noey..kepada kawan2 yang x disebut namanya di sini, jangan la kecik ati pula..ucapan selamat untuk kamu juga..

Bila tiba CNY, mesti la ada makan besar kan..bila ingat makan besar, teringat pula i kisah tym menghadiri jemputan majlis perkahwinan orang cina tahun lepas..actually i x kenal kedua-dua pengantin tu & i dont know who they are, tapi parents i dapat jemputan, so i rasa kawan2 dorang la tu..lagipun majlis tu di hotel, kompom la i x lepas punya..hehe

Segalanya berjalan lancar & tiada masalah sehingga la tiba waktu makan..i tul2 x terfikir majlis kahwin ni menyediakan pakej makanan cina sehingga la i tengok orang lain makan pakai chopstick & sudu sup tu..patut la xda sudu & garfu disediakan. Terkial-kial la i makan..cabaran pertama tym makan popia ngan chopstick..kepit punya kepit x la juga terkepit. Geram tul i..orang lain da makan i masih lagi cuba mengepit2-ngepit..huh..dengan xtau malunya, i finally makan guna tangan..malas mo layan tu chopstick..

Tu baru appetizer..tym makan nasi lagi la sandih..ih3..otak i ligat berfikir cam mana mo makan nasi pakai chopstick nih..klo makan mee boleh la..itu pun masi amatur lagi, lum pro..so i try makan pakai sudu sup..pelik pula rasanya..orang lain makan pakai chopstick, i makan pakai sudu sup..

Kerana kepelikan yang i rasakan sendiri, i try juga la makan nasi pakai chopstick tu..i imagine la cam mana orang makan pakai chopstick cam dalam tv..i x tau la cara makan tu betul atau x tapi itu la yang i pernah nampak..pegang mangkuk & dekatkan mangkuk dengan mulut..then kaut nasi tu pakai chopstick masuk dalam mulut..once again i rasa pelik..last2 i makan juga pakai chopstick tapi x dekatkan mangkuk ngan mulut..makan cam besa..mangkuk atas meja..bayangkan la berapa biji nasi ja i dapat kaut & betapa payahnya i mengawal tangan supaya nasi tu x jatuh berhamburan..

X lama pas tu i berenti makan da..bukan sebab kenyang..tapi penat..huhu..

Pengalaman ni tul2 melekat dalam kepala otak i..tapi i xkan menolak jemputan gara2 chopstick ni..asalkan halal kompom i p..

Sempena Tahun Lembu ni, i harap ada orang sudi ajar i cara memegang chopstick ngan betul & cara makan nasi guna chopstick supaya i x la terkial2 lagi..hehe


1 comments:

BrokenSatellite said...

tQ lela!

aahaha. xpa xpa.
nanti sy bt bengkel cara2 mguna chopsticks dgn betul.

bwuahahaha.