Soooooooo tired..

Dat's wat i feel for today..arini tiba2 ada mood untuk buat kerja2 d luar rumah. I p menebas lalang sampai tertebang pokok pisang emas..kena marah lagi tuh..huhu, cabut2 rumput cam Nobita selalu kena suruh buat, kumpul daun2 kering & bakar, siram2 tanaman, jolok buah langsat malangnya x banyak i dapat walaupun penjolok tu panjang. Maklumlah, comel dari segi ketinggian..last skali potong rumput guna mesin..bukan mesin rumput yg sorong2 tu, tapi yg cam dalam gambar ni..


Huh..satu cabaran

Memang pun satu cabaran..baru i tau cam mana rasa potong rumput guna mesin nih. Selama ni tau tengok & suruh2 orang lain buat ja. Sekali da buat, nah..rasakan.. Mo angkat pun da satu hal..potong lagi satu hal..lum lagi lain-lain hal. Baru i tau napa mesti pakai uniform yang boleh dipercayai, terutamanya but. Kena rumput tu pun da sakit..huhu

Actually, lama da mo cuba buat benda ni. Sekarang baru dapat buat. Panjang berabis da tu rumput. Menyemakkan pemandangan mata yang memandang pemandangan yang dipandang. Mb ada sarang ular da pun coz i jumpa ular tedung hitam jalan2 cari makan di longkang rumah baru2 ni.


Tenaga x sekuat keinginan & semangat..

Huhu..i ngaku i merupakan sorang pompuan yang sememangnya dilahirkan x kuat tapi x bererti lemah. Beban di belakang & di tangan berat tul. Ringan mata memandang padahal mengangkatnya satu kepayahan. Mula2 tu memang la dapat angkat. Tapi bila da on mesin tu, susah da mo angkat & control tangan. Gegaran + bebanan = mengurangkan tenaga & semangat. Bukan lagi terpotong rumput tu, tapi tercabut terus..botak da tanah tu..hehe..nasib baik guna tangsi@tali ja..klo guna mata pisau konfem la banyak kecederaan.


Kesannya..

Cam dalam buku praktikum pula; ada kebaikan & kelemahan. Rasanya positif & negatif la perkataan yang paling sesuai digunakan. Positif : memendekkan rumput atau lebih tepat lagi membotakkan tanah..hehe, dapat menggerakkan otot2 badan, dapat menghilangkan banyak kalori lemak, men'tagap'kan tangan dll. Negatif : sakit badan klo 1st tym buat..huhu


Cadangan..


Pas merasai kepahitan potong rumput nih, i mo buat cadangan la. Perhatian kepada sesiapa yang ingin menguruskan badan & mengurangkan lemak2 di serata tubuh badan terutamanya di bahagian lengan, i cadangkan u all buat la aktiviti yang sangat bermanfaat ni. Aktiviti ni boleh meningkatkan daya tahan & kekuatan otot juga. X pyh susah2 beli mesin exercise gegar2 cam dalam iklan tv tu. Mesin rumput tu pun da boleh buat badan kita bergegar2. X payah juga beli mesin pusing2 untuk area perut & pinggul tu coz secara automatiknya badan kita akan bergerak & berpusing ke kiri & kanan tym potong rumput. Xpyh p gym..buang masa untuk perjalanan & buang duit untuk minyak kenderaan ja. Kasi abis ja ba minyak petrol untuk potong rumput 2. Buat la hari2. Anda akan nampak kesannya tanpa perlu memakan pil pelangsing badan..haha


Yang dikesalkan..

X dapat posing atau amik sebarang gambar candid untuk blog nih. Yala..sekarang ni kan semuanya perlukan pendokumentasian. Tanpa gambar & kertas banyak2 pengalaman seakan x bermakna & kurang dipercayai kesahannya. Cam MQA & MS ISO la. Klo xda nanti korang cakap i tipu..tapi..percaya ja la bahhh..


Harapan..

Dapat buat hari2 selagi mampu..chiayo!!


SALASING...SALASING...SALASING



P/s :

y SALASING???

Actually, i xda penjelasan tepat pasal perkataan ni. Tapi perbuatan memotong rumput guna mesin ni dipanggil SALASING di sini. Mb perkataan ni betul2 ada dalam perbendaharaan kata dalam dialek2 bumiputera Sabah cuma i ja xtau. Tapi teori i buat masa ni berdasarkan pendapat orang lain juga perkataan
SALASING berasal daripada perkataan BI yang di'bahasaDusun'kan. SLASHING => SALASING. Betul ka x? Nanti la i buat kajian klo xda benda da yang mo dikaji.





Free Signature Generator

Free Signature Generator

0 comments: