Wanita : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
Lelaki : Kamu...
Wanita : Menurut kamu, saya ini siapa?
Lelaki : (Berfikir sejenak lalu menatap Wanita dengan pasti)
Kamu tulang rusukku!

Allah SWT melihat Adam kesepian. Ketika Adam sedang lena tidur, Allah SWT mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua Lelaki mencari tulang rusuknya yang hilang & saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami saat yang paling indah & manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing2. Hidup mereka menjadi sangat membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian & cinta antara satu sama lain. Mereka mulai bertengkar & pertengkaran itu menjadi semakin lama semakin panas. Pada suatu hari, pada akhir sebuah pertengkaran, Wanita lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak, "Kamu x cintakan saya lagi!".

Lelaki
sangat membenci ketidakdewasaan Wanita & secara spontan juga berteriak, "Saya menyesali perkahwinan ini. Ternyata kamu bukan tulang rusukku!!!"

Wanita
terdiam & berdiri kaku untuk beberapa saat. Lelaki menyesali apa yang telah dilafazkannya, tetapi seperti air yang tertumpah tidak boleh dicedok kembali. Dengan linangan air mata, Wanita kembali ke rumah & mengambil barang2nya, bertekad untuk berpisah.

"Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah & mencari pasangan sejati masing2".

5 tahun berlalu. Lelaki masih lagi belum berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan Wanita. Wanita pernah ke luar negara tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang lelaki asing & bercerai. Lelaki agak kecewa apabila mengetahui Wanita tidak menunggu, sepertinya.

& di tengah malam yang sunyi, Lelaki meminum kopi & merasakan sakit di hatinya. Tetapi Lelaki x sanggup mengakui bahawa dia merindui Wanita.

Suatu hari, mereka akhirnya dipertemukan kembali...
Lelaki : Apa khabar?
Wanita : Baik..Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
Lelaki : Belum.
Wanita : Saya akan ke New York. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Hubungilah saya kalau kamu ada kesempatan. Kamu tahu no. fon saya kan? Tiada yang berubah.

Wanita
tersenyum manis sambil berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."

Seminggu kemudian, Lelaki menerima khabar bahawa Wanita merupakan salah seorang yang terkorban dalam kejadian WTC. Malam itu, sekali lagi, Lelaki meminum kopinya & kembali merasakan sakit di hatinya. Akhirnya, dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana Wanita, tulang rusuknya yang telah dia patahkan sendiri, dengan bodohnya...


0 comments: