Bz sgt la bln ni..praktikum > lawatan PJ > 5 esaimen hantar minggu ni & isnin depan..makin cengkung la i..migrain da datang..nasib baik penyakit lain lum kuar.

Pastu kena ruam panas pula..seumur idup i, lum pernah lagi i kena ruam panas klo p kk..tym p semenanjung pernah la..ni la penangan global warming..

Kepada yang sudi melawat blog ni, sory la coz lama x update..otak da kekeringan idea, anggota badan da penat, hati pula sakit..

Pa2 pun, i have sumtin' to share wit u all..mula2 2 mo jg hidang gambar2 tym praktikum tapi x sempat la..so i share 1 artikel yang rasa2nya patut kita ketahui..

.......................


10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak


Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
~ ni patut diketahui oleh suma lecturer, terutamanya yang anti tul tengok ada bekas tapau pagi2 dalam kelas. padahal orang x makan tym ada kuliah pun. ~


Terlebih makan

Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
~ Hmmm..ni no komen la..nanti ada orang terasa. i pun kuat makan juga..tym bulan mengambang...hehe ~


Merokok

Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.
~ Yang ni kompom la para perokok x percaya. ayat2 yang besa didengari:
"ala..setakat 4 5 bundle 1 ari pa sangat la..kompom x mampu merosakkan paru2 & otak 2.",
"ala, tu tym tua..lama lagi..tym muda2 ni paru2 maC kuat, otak maC sihat..kompom xda pa2 punya.",
"i merokok ni utk halau nyamuk.",
"x payah la nyusahkan otak bfikir pasal akibat merokok ni. yg penting puas." dan yang sewaktu dengannya... ~



Penggunaan gula yang berlebihan

Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
~ yang ni kena muhasabah diri sendiri ni. i pemakan gula yang berjaya. can't live without gula..huhu ~


Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
~ yang ni x dapat dielak..huhu ~


Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
~ yang ni tym cuti ja ni..tym2 skrg ni kurang sangat tdo..
ada mata panda da.. ~



Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
~ ni buat tym tdo pasang lampu ja ni. tp kejap ja coz rasa x dapat bnafas. tutup mata ja la..~


Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
~ i sepatutnya minta cuti 2 hari ni..huhu ~


Kurang berimaginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimaginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
~ yang ni i x perasan pula..perlakuan bawah sedar nih..hehe ~


Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.
~ selagi hidup, selagi itulah berfikir ~


....................


Kesimpulannya, jangan paksa diri..tapi jangan pula terlalu memanjakan diri. Lakukan sesuatu mengikut keperluan. Yang ni cuma info tambahan. Selebihnya, fikir2kan la..


0 comments: