Comments: (4)
13 Mei 1986

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

13 Mei 1988


Hehehe..bangga bla dapat tau dob i & Edward Cullen (Robert Pattinson) sama..
MyEm0.Com
tapi...siapakah yang berada d antara kami? klo mo tau, sila kira titik d bawah ni..
MyEm0.Com
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


tada.......
it's cikun...
MyEm0.Com
13 Mei 1987
~jan mara cikun..hihihi~

bye bye April..welcome to my life for dis year, May..

i bukannya mo highlight bday i..sebenarnya i mo highlight bday i sama ngan edward cullen (i like edward cullen..not robert pattinson)
MyEm0.Com

1 more thing, i mo highlight bday2 orang len bulan ni..selen cikun, ada 2 lagi..the nominies are...MyEm0.Com
~jeng3~


Carmel
04 Mei


&

Afiza
14 Mei


~ekceli entry ni ditulis khusus untuk membangga diri dan release tension..& title entry xda kaitan langsung dengan entry ni secara langsung..xlangsung ada la..~

& da best thing to describe me rite now

MyEm0.CoM
MyEm0.CoM
MyEm0.CoM
MyEm0.CoM
MyEm0.CoM
MyEm0.CoM


should i dance to release tension?

MyEm0.CoM


Bz sgt la bln ni..praktikum > lawatan PJ > 5 esaimen hantar minggu ni & isnin depan..makin cengkung la i..migrain da datang..nasib baik penyakit lain lum kuar.

Pastu kena ruam panas pula..seumur idup i, lum pernah lagi i kena ruam panas klo p kk..tym p semenanjung pernah la..ni la penangan global warming..

Kepada yang sudi melawat blog ni, sory la coz lama x update..otak da kekeringan idea, anggota badan da penat, hati pula sakit..

Pa2 pun, i have sumtin' to share wit u all..mula2 2 mo jg hidang gambar2 tym praktikum tapi x sempat la..so i share 1 artikel yang rasa2nya patut kita ketahui..

.......................


10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak


Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
~ ni patut diketahui oleh suma lecturer, terutamanya yang anti tul tengok ada bekas tapau pagi2 dalam kelas. padahal orang x makan tym ada kuliah pun. ~


Terlebih makan

Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
~ Hmmm..ni no komen la..nanti ada orang terasa. i pun kuat makan juga..tym bulan mengambang...hehe ~


Merokok

Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.
~ Yang ni kompom la para perokok x percaya. ayat2 yang besa didengari:
"ala..setakat 4 5 bundle 1 ari pa sangat la..kompom x mampu merosakkan paru2 & otak 2.",
"ala, tu tym tua..lama lagi..tym muda2 ni paru2 maC kuat, otak maC sihat..kompom xda pa2 punya.",
"i merokok ni utk halau nyamuk.",
"x payah la nyusahkan otak bfikir pasal akibat merokok ni. yg penting puas." dan yang sewaktu dengannya... ~



Penggunaan gula yang berlebihan

Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
~ yang ni kena muhasabah diri sendiri ni. i pemakan gula yang berjaya. can't live without gula..huhu ~


Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
~ yang ni x dapat dielak..huhu ~


Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
~ yang ni tym cuti ja ni..tym2 skrg ni kurang sangat tdo..
ada mata panda da.. ~



Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
~ ni buat tym tdo pasang lampu ja ni. tp kejap ja coz rasa x dapat bnafas. tutup mata ja la..~


Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
~ i sepatutnya minta cuti 2 hari ni..huhu ~


Kurang berimaginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimaginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
~ yang ni i x perasan pula..perlakuan bawah sedar nih..hehe ~


Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.
~ selagi hidup, selagi itulah berfikir ~


....................


Kesimpulannya, jangan paksa diri..tapi jangan pula terlalu memanjakan diri. Lakukan sesuatu mengikut keperluan. Yang ni cuma info tambahan. Selebihnya, fikir2kan la..


Bagaimanakah caranya menemukan cahaya hati? Cahaya hati sesungguhnya bersumber daripada cahaya Ilahi yang akan menerangi hati kita. Menemukan cahaya hati bererti kembali kepada jati diri kita sebagai manusia yang jernih & bersih.

Kembali kepada hati tanpa ditutup pelbagai belenggu yang menutup cahaya hati. Kerana sesungguhnya dalam hati sudah ditiupkan sifat-sifat mulia Allah SWT pada saat proses penciptaannya.

Lihatlah diri kita di hadapan cermin, berapa banyak pakaian kesombongan, pakaian riak, pakaian dengki, pakaian takbur yang kita kenakan? Berapa banyak pengalaman masa lalu yang negatif, pakaian ego peribadi, pakaian pengaruh sudut pandang yang salah & menyesatkan dalam diri? Mari kita tanggalkan pakaian2 itu, yang menyelimuti hati kita daripada cahaya hati yang jernih & tajam.

Tanggalkan pakaian kesombongan hati dengan sikap rendah hati. X ada yang layak disombongkan oleh manusia dalam hidup ini. Tanggalkan pakaian dengki, selimuti dengan cinta & kasih sayang.

Tanggalkan pakaian takbur dengan kesedaran posisi diri sebagai hamba & abdi Allah SWT semata. Buanglah pakaian prasangka negatif dengan sikap positif dalam melangkahkan kaki ke depan.

Lawanlah sikap ego peribadi dengan sikap empati terhadap orang lain. Tundukkan pengaruh sudut pandang & prinsip hidup yang salah dengan kembali ke dalam kejernihan jati diri yang bersumber dari hati.

Kejayaan & keagungan dalam hidup x akan dapat dirah hanya dari potensi fizikal & kecergasan akal fikiran. Lebih dari itu diperlukan untuk kecerdasan hati & kemampuan menemukan cahaya hati yang bersumberkan cahaya Ilahi.

Berbahagialah mereka yang dapat menghidupkan cahaya hatinya. Mereka yang dapat mengenali cahaya hatinya akan dapat menggapai kehidupan yang penuh keagungan yang memandang kehidupan jauh ke hadapan dengan hati yang jernih. Hidupnya akan dipenuhi cahaya terang dengan berbagai kemudahan.


Comments: (0)
Wanita : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
Lelaki : Kamu...
Wanita : Menurut kamu, saya ini siapa?
Lelaki : (Berfikir sejenak lalu menatap Wanita dengan pasti)
Kamu tulang rusukku!

Allah SWT melihat Adam kesepian. Ketika Adam sedang lena tidur, Allah SWT mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua Lelaki mencari tulang rusuknya yang hilang & saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami saat yang paling indah & manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing2. Hidup mereka menjadi sangat membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian & cinta antara satu sama lain. Mereka mulai bertengkar & pertengkaran itu menjadi semakin lama semakin panas. Pada suatu hari, pada akhir sebuah pertengkaran, Wanita lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak, "Kamu x cintakan saya lagi!".

Lelaki
sangat membenci ketidakdewasaan Wanita & secara spontan juga berteriak, "Saya menyesali perkahwinan ini. Ternyata kamu bukan tulang rusukku!!!"

Wanita
terdiam & berdiri kaku untuk beberapa saat. Lelaki menyesali apa yang telah dilafazkannya, tetapi seperti air yang tertumpah tidak boleh dicedok kembali. Dengan linangan air mata, Wanita kembali ke rumah & mengambil barang2nya, bertekad untuk berpisah.

"Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah & mencari pasangan sejati masing2".

5 tahun berlalu. Lelaki masih lagi belum berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan Wanita. Wanita pernah ke luar negara tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang lelaki asing & bercerai. Lelaki agak kecewa apabila mengetahui Wanita tidak menunggu, sepertinya.

& di tengah malam yang sunyi, Lelaki meminum kopi & merasakan sakit di hatinya. Tetapi Lelaki x sanggup mengakui bahawa dia merindui Wanita.

Suatu hari, mereka akhirnya dipertemukan kembali...
Lelaki : Apa khabar?
Wanita : Baik..Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
Lelaki : Belum.
Wanita : Saya akan ke New York. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Hubungilah saya kalau kamu ada kesempatan. Kamu tahu no. fon saya kan? Tiada yang berubah.

Wanita
tersenyum manis sambil berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."

Seminggu kemudian, Lelaki menerima khabar bahawa Wanita merupakan salah seorang yang terkorban dalam kejadian WTC. Malam itu, sekali lagi, Lelaki meminum kopinya & kembali merasakan sakit di hatinya. Akhirnya, dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana Wanita, tulang rusuknya yang telah dia patahkan sendiri, dengan bodohnya...