Akan datang pada manusia suatu masa ketika kemanisan hati berubah menjadi masin. Sehingga pada hari itu, orang yang berilmu dan orang yang mempelajari ilmu tidak dapat mengambil manfaat daripada ilmunya. Maka, hati orang-orang berilmu seumpama tanah kosong yang bergaram yang turun di atasnya hujan dari langit maka tidak juga menjadi tawar. Apabila condong hati orang berilmu kepada cinta dunia dan melebihkannya atas cinta akhirat, maka pada saat itu dicabutlah oleh Allah SWT sumber-sumber hikmah dan dipadamkan lampu petunjuk dari hati mereka. Maka, akan berceritalah kepadamu orang yang berilmu antara mereka itu, ketika engkau menjumpainya bahawa ia takut kepada Allah SWT dengan lisannya, sementara kezaliman jelas kelihatan pada amal perbuatannya. Alangkah suburnya lidah mereka dan tanduslah hati mereka pada ketika itu! Tidaklah terjadi yang demikian itu selain kerana para guru mengajar bukan kerana Allah SWT dan para pelajar belajar bukan kerana Allah SWT.


0 comments: