'HARUM'AHOLIC! i'm 1 of them..mb coz ada kaitan ngan psikologi skit..cam juga shopaholic..

Menurut dialog yang i dengar di tv pagi tadi x sure la channel & nama rancangan tu, shopaholic ni sejenis ketagihan yang dikaitkan dengan masalah psikologi..seseorang itu x akan dikatakan shopaholic bila membeli barang dengan banyak & kerap contohnya seorang isteri yang membeli barang dengan banyaknya & mengikut kekerapan tertentu..besa la kan gitu..i percaya si isteri shopping barang keperluan rumah, barang untuk diri sendiri, & barang2 untuk anak & suami..

Seseorang itu akan dikategorikan sebagai shopaholic bila dia resah & gelisah bila x shopping..shopping ja dalam kepala otak dia..bila shopping semangat untuk hidup dia jadi tinggi..tapi bila x dapat shopping semangat untuk hidup dia menurun..ih3

Back to the main topic, berdasarkan ciri2 shopaholic skit2 di atas, i rasa i ni 'HARUM'AHOLIC..klo ada holic2 ni mesti la dikaitkan dengan ketagihan kan..shopaholic, workaholic, cleanaholic dll..rasa2nya gitu la..i lum wat kajian terperinci lagi..hehe..

Klo x sembur perfume di pagi hari, i akan rasa resah & gelisah sepanjang masa sehinggalah da sembur perfume..walaupun da pakai deodorant & losyen, tetap resah & gelisah..tapi ini xla bermakna i sembur perfume tu dengan niat untuk menggoda orang & yang sewaktu dengannya..pakai perfume tetap ada batasan..lagipun sekadar untuk kepuasan ati sendiri..sembur skali 2 & paling banyak 3 pun da ok..bergantung ngan bau perfume la..

Sebelum tdo wajib pakai losyen..klo x puas ati sembur juga la perfume..ada juga orang cakap "eee..tido pun mo juga wangi2..". Bagi i benda ni ikut keselesaan masing2 la..da i suka tdo wangi2, mo wat cam mana..rasanya wangian yang i sembur tu setakat untuk memuaskan ati sendiri ja..bukannya i sembur sampai mo tercabut bulu idung orang, kembang kempis lebih cepat daripada degupan jantung..lagipun i x minta orang lain duit untuk beli perfume i..paling2 pun minta bapa ja la..hehe

Pa2pun, i mo share skit ngan korang info pasal perfume nih..

Apa itu PARFUM, EDP, EDT dan EDC?

Haruman berbeza mengikut kepekatan minyak wangian tersebut.
Lebih pekat haruman itu, lebih kuat baunya & ia kekal lebih lama.

PARFUM (sebutannya Par-fam)
* Paling pekat.
* Paling mahal & berharuman paling kuat.

EDP (Eau de Parfum)
* Kepekatan kedua tertinggi.
* Tahan lama hingga 8 jam.
* Sesuai untuk dipakai ke majlis formal / makan malam.

EDT (Eau de Toilette)
* Kurang pekat.
* Haruman separa ringan & kekal sekitar 3-4 jam.
* Sesuai untuk kegunaan harian seperti ke pejabat / jamuan separuh
ringan.

EDC (Eau de Cologne)
* Kepekatan terendah.
* Haruman ringan & kekal sekitar 2-3 jam.
* Sesuai untuk pemakaian kasual / bila berada dalam cuaca panas.

Kawasan Paling Efektif untuk Memakai Haruman

Cubalah melapis haruman korang dengan rangkaian penuh haruman tersebut untuk haruman kekal lebih lama.

1. Semburkan Body Spray ke seluruh badan selepas mandi.
2. Gunakan deodorant agar korang terlindung daripada bau badan.
3. Pastikan kulit lembap dengan Perfumed Skin Softener / Body Lotion.
4. Semburkan wangian (EDP, EDT / EDC) pada kawasan denyutan nadi.
5. Selang beberapa jam, oleskan Purse Concentre di pergelangan tangan
& leher.


Selamat wangi2!


0 comments: