Comments: (0)
Oleh kerana i praktikum sekarang ni, jadi crita yang disajikan kepada korang suma hasil dari pengalaman & pemerhatian i sepanjang praktikum..mb akan membuatkan korang suma boring kerana i praktikum 1 bulan. tapi i mo crita juga..biar korang tau life as a teacher & life d sekolah..terutamanya orang2 yang bukan dalam bidang pendidikan.

Sekolah i sekolah kampung..sekolah di luar bandar..bukan sekolah elit..& sekolah kurang murid (SKM). i sengaja pilih sekolah ni coz i rasa da banyak cikgu d sekolah bandar atau pekan..berlambak..so pa salahnya i p sekolah atas bukit..environment sekolah ni best..pagi2 dapat tengok kabus..pas2 kurang panas..dikelilingi bukit-bukau..memang best la..

1st, i mo crita pasal murid. i kesian ngan murid2 di sini sebenarnya..dorang pandai cuma malas mo belajar..pendek kata lum ada kesedaran pentingnya pendidikan. Tiada inisiatif untuk terus maju atau dapat markah yang lebih baik dalam setiap latihan / ujian. Selain tu, i kesian tul tengok pakaian dorang ni..ada yang pakai seluar sekolah bertali pinggangkan tali rafia, tiada pensel / buku coz parents x mampu beli. Klo masa PJ, pakaian dorang kebanyakannya lusuh, hanging, kasut pula adidas kampung (kepada yang xtau, adidas kampung ni kasut getah yang bertali). Baju sekolah pun sama juga. Boleh jadi kain lap da..kasut koyak rabak..ada mulut da depan belakang. Ada juga murid yang rumah dia xda elektrik..so malam x dapat kes siap kerja rumah. Siang mb ada yang p tolong parents dorang buat kerja.

2nd, parents. Bukan senang mo berurusan ngan parents ni. Silap haribulan suma mo salahkan cikgu. Ada parents yang x puas hati ngan kedatangan guru padahal i tengok suma guru2 d sekolah tu komited. 7.20 kompom da stat p&p. Sorang bapa tu bising2..x puas ati..mo komplen kedatangan harian cikgu dalam meeting PIBG tapi dia pula awal balik..belum lagi ada tanda2 meeting mo abis da balik..dia mo suruh cikgu2 datang pukul 6.30 pagi..ada ka patut..

Wahai parents, fahamilah guru pun ada yang parents juga..ada famili..mo urus anak dll..x patut mo suruh cikgu datang seawal 6.30 pagi padahal kelas masuk 7.20. klo ada cikgu yang anak dia bersekolah di sekolah lain, xkan la mo suruh dia hantar anak dia seawal sebelum 6 pagi..jangan la sebab terlampau mo jaga kebajikan anak sendiri, kebajikan orang lain terabai.

Banyak lagi la pasal parents ni..tapi yang tu ja i mo crita..kesimpulannya, berhadapan dengan kerenah parents bukan senang..2la ramai cikgu jadi gila coz ni salah satu tekanan yang terpaksa dihadapi..

Hmmmm..baru 5 hari di sekolah banyak da yang i nampak..pa2pun i kena bersedia untuk dipantau..mb i boleh failed coz kawalan kelas sangat teruk..murid2 tu susah tul mo dikawal..klo pandai i senang ati skit..ni boleh dikategorikan lambat..ekceli murid2 i tu pintar2 belaka..malas ja mo belajar..i hope 1 hari nanti dorang dapat ubah sikap dorang yang 1 nih..




Comments: (0)
Huh..baru 1 hari d sekolah da ada kerja ysng sedia menanti..2la pasal susah tul mo 2lis entry baru ni..korang fikir jadi cikgu senang ka? p sekolah pot pet sana cni setengah hari terus dapat gaji? silap besar la klo korang fikir cam2..baru ja jadi guru pelatih selama 2 hari i da rasa cam da mengalahkan orang yang da jadi cikgu bertahun2 da..huhu

1st tym praktikum ni memang susah skit..walaupun dulu ada PBS (pengalaman berasaskan sekolah), tapi itu hanya membantu lebih kurang 10% ja. itu pun x sampai kali. Hakikatnya, dunia pemantauan & pemerhatian amat berbeza dengan dunia pengajaran & pembelajaran.

Cabaran pertama : RPH

Ni kompom la cabaran yang paling mencabar & buat i rasa tercabar. Tekanan ooo buat menatang nih..cara guru da lama kerja 2lis RPH & guru pelatih pun berbeza. Da nama dia pelatih, terpaksa la skema skit. RPH guru 1 mukasurat pun boleh. RPH pelatih pula ada yang sampai berbelas2 mukasurat. & klo boleh RPH tu kena siapkan dalam secepat mungkin. Klo arini ada kelas, besok pun ada kelas, kena la buat dalam 1 malam. Tu lum kira ABM lagi. Tugas2 selain mengajar lagi la buat i pening kepala. Patut la ramai cikgu jadi gila. Macam takrif KBSR - KERJA BERAT SAMPAI ROBOH.

Cabaran ke2 : Murid

Biasa la murid ni kan..x heran la klo dorang nakal atau pa2 la yang sesuai ngan sifat murid berumur 7-12 tahun ni. Da kategori budak. i x la kisah sangat pun. Tapi ada 1 yang menyusahkan hati i..dalam kelas i tu ada murid cacat pendengaran & bisu. Terus terang, i memang terkejut ada budak special dalam kelas biasa sedangkan dia sepatutnya berada di dalam kelas pemulihan khas.

Actually xda 1 guru pun yang gtau i ada murid special ni..mb dorang terlupa. Nasib baik dalam sesi berkenalan, i dapat kesan murid special nih & beberapa murid yang lum lancar menulis & membaca. Murid lum lancar menulis & membaca nih kan ada kelas khas. So i ok sket la skeeeeeet ja ok! Tapi i betul2 susah hati murid special nih. Rasa kesian sangat.

I xtau la cam mana i stat mengajar besok. Doakan ja la dipermudahkan & murid special & murid2 lain tu senang menerima ilmu, terang akal & hati. i hope i can do sumtin' for dat special student supaya dia tidak ketinggalan..actually murid special ni da pandai menulis & membaca tapi i ada masalah komunikasi ngan dia..i terpaksa minta bantuan ngan kawan2 dia untuk bagi dia arahan..lagipun, i think dia x belajar bahasa isyarat yang betul..baru sesi berkenalan da banyak misunderstood da..

Cabaran ke3 : Tugas2 selain mengajar

Hari pertama ja i da diberitahu sekolah ni bakal menganjurkan 1 projek besar, peringkat negeri. Hari ke2 pula (arini), kerja 1 hari; pagi mengajar pas2 sepanjang petang meeting PIBG..penat ooo..besok pun sama juga, ada meeting lagi untuk projek English in Camp peringkat negeri..huhu..hari2 pertama yang memenatkan.

Itu cabaran, ni pula kejayaan..

I berjaya MENANGISKAN sorang budak lelaki tahun 4..wakakak..sungguh bangga kerana 1st tym ja masuk kelas dorang da ada yang nangis..hihi..i x tengking pun budak tu, jentik pun x..apatah lagi pukul..dia nangis coz i amik kamus bergambar dia..geram tul la bila ada budak x bagi perhatian tym kita bercakap. tengok buku tu secara berjemaah pula tu..kan kena amik buku tu..tapi i bagi balik la..berlakon ja konon2 x mo kasi balik..x sampai ati pula tengok tuan punya buku tu nangis senyap2..actually plan asal tu mo wat dia meraung2..klo boleh sampai guling2 lagi..hehe..tapi i ni baik..nasib baik la i x sampai ati ikut plan asal..

Itu ja la kejayaan arini..hehe..besok i xda kelas..tapi kena kes siap RPH juga..mana la tau tiba2 kena suruh ganti kelas..huhu

Kepada yang seangkatan ngan i,
SELAMAT MENJALANI PRAKTIKUM!




Comments: (0)
'HARUM'AHOLIC! i'm 1 of them..mb coz ada kaitan ngan psikologi skit..cam juga shopaholic..

Menurut dialog yang i dengar di tv pagi tadi x sure la channel & nama rancangan tu, shopaholic ni sejenis ketagihan yang dikaitkan dengan masalah psikologi..seseorang itu x akan dikatakan shopaholic bila membeli barang dengan banyak & kerap contohnya seorang isteri yang membeli barang dengan banyaknya & mengikut kekerapan tertentu..besa la kan gitu..i percaya si isteri shopping barang keperluan rumah, barang untuk diri sendiri, & barang2 untuk anak & suami..

Seseorang itu akan dikategorikan sebagai shopaholic bila dia resah & gelisah bila x shopping..shopping ja dalam kepala otak dia..bila shopping semangat untuk hidup dia jadi tinggi..tapi bila x dapat shopping semangat untuk hidup dia menurun..ih3

Back to the main topic, berdasarkan ciri2 shopaholic skit2 di atas, i rasa i ni 'HARUM'AHOLIC..klo ada holic2 ni mesti la dikaitkan dengan ketagihan kan..shopaholic, workaholic, cleanaholic dll..rasa2nya gitu la..i lum wat kajian terperinci lagi..hehe..

Klo x sembur perfume di pagi hari, i akan rasa resah & gelisah sepanjang masa sehinggalah da sembur perfume..walaupun da pakai deodorant & losyen, tetap resah & gelisah..tapi ini xla bermakna i sembur perfume tu dengan niat untuk menggoda orang & yang sewaktu dengannya..pakai perfume tetap ada batasan..lagipun sekadar untuk kepuasan ati sendiri..sembur skali 2 & paling banyak 3 pun da ok..bergantung ngan bau perfume la..

Sebelum tdo wajib pakai losyen..klo x puas ati sembur juga la perfume..ada juga orang cakap "eee..tido pun mo juga wangi2..". Bagi i benda ni ikut keselesaan masing2 la..da i suka tdo wangi2, mo wat cam mana..rasanya wangian yang i sembur tu setakat untuk memuaskan ati sendiri ja..bukannya i sembur sampai mo tercabut bulu idung orang, kembang kempis lebih cepat daripada degupan jantung..lagipun i x minta orang lain duit untuk beli perfume i..paling2 pun minta bapa ja la..hehe

Pa2pun, i mo share skit ngan korang info pasal perfume nih..

Apa itu PARFUM, EDP, EDT dan EDC?

Haruman berbeza mengikut kepekatan minyak wangian tersebut.
Lebih pekat haruman itu, lebih kuat baunya & ia kekal lebih lama.

PARFUM (sebutannya Par-fam)
* Paling pekat.
* Paling mahal & berharuman paling kuat.

EDP (Eau de Parfum)
* Kepekatan kedua tertinggi.
* Tahan lama hingga 8 jam.
* Sesuai untuk dipakai ke majlis formal / makan malam.

EDT (Eau de Toilette)
* Kurang pekat.
* Haruman separa ringan & kekal sekitar 3-4 jam.
* Sesuai untuk kegunaan harian seperti ke pejabat / jamuan separuh
ringan.

EDC (Eau de Cologne)
* Kepekatan terendah.
* Haruman ringan & kekal sekitar 2-3 jam.
* Sesuai untuk pemakaian kasual / bila berada dalam cuaca panas.

Kawasan Paling Efektif untuk Memakai Haruman

Cubalah melapis haruman korang dengan rangkaian penuh haruman tersebut untuk haruman kekal lebih lama.

1. Semburkan Body Spray ke seluruh badan selepas mandi.
2. Gunakan deodorant agar korang terlindung daripada bau badan.
3. Pastikan kulit lembap dengan Perfumed Skin Softener / Body Lotion.
4. Semburkan wangian (EDP, EDT / EDC) pada kawasan denyutan nadi.
5. Selang beberapa jam, oleskan Purse Concentre di pergelangan tangan
& leher.


Selamat wangi2!


Comments: (0)
Cuti tinggal 2 hari lagi..huhu..xpuas la cuti seminggu ja..orang len terus balik rumah ari jumaat minggu lepas tu..i pula lum lagi jejak rumah da naik bas tung ma..

Destinasi tu kompom la kk..tempat idamanku selalu..hehe..actually kazen i kawin ari sabtu..tu la jejak kaki d kk dulu..

Entry kali ni bakal menayangkan pic yg banyak muka i ok..walaupun kazen i yg kawin, pic i juga la paling banyak..mama pengantin pun merungut..hehe

Ok la..kazen i buat majlis nikah secara sederhana ja atas sebab2 tertentu..buat d sebuah country home d pinggir kota..Lembah Impian Country Homes..klo xtau google sendiri..



kami tinggal d rumah ni..i tul2 suka plan rumah ni..mo berangan dulu..hehe


banyak2 tempat, tangga ni juga la i paling suka..mb coz rumah i ada 4 anak tangga ja..


baru skali i mandi d kolam ni, da terkupas2 kulit i..sebelum tu merah abis cam pakai blusher tlampau banyak..huhu..jangan terkejut tengok i itam semacam bila balik institut nanti ah..


ruang nikah + tempat makan..


mo wat gini la tym raya..


i dah siap k..mo kemas barang yang berhamburan ja ni..


kazen i @ pengantin..


sory la klo menampakkan posing i yg telebih daripada pengantin..ahakz


pengantin da siap..




ngan kak ida & pengantin


ngan member pengantin..


Rasa cam xmo ja kuar dari rumah ni..huhu..bukan selalu dapat p tempat cam ni..xpa2..i'll be back soon..hehe..daaaa




Comments: (2)
Ni lagu yang i dengar sepanjang masa..dari dulu sampai sekarang x pernah boring..da jadi ringtone for mYBiepo 1 tahun da..& of cos i dedicate dis song for mYBiepo..

Lagu Cascada ni wujud dalam 3 genre..electronic-dance, remix & slow remix..& for dis blog, i choose electronic-dance coz i really like it..dis song can make my heart lompat2..hehe..tapi slow remix pun best juga..


Everytime We Touch

I still hear your voice, when you sleep next to me
I still feel your touch in my dreams
Forgive me my weakness, but I don't know why
Without you it's hard to survive.

'Cause everytime we touch, I get this feeling
And everytime we kiss I swear I could fly
Can't you feel my heart beat fast, I want this to last
Need you by my side
'Cause everytime we touch, I feel this static
And everytime we kiss, I reach for the sky
Can't you hear my heart beat slow
I can't let you go
Want you in my life

Your arms are my castle, your heart is my sky
They wipe away tears that I cry
The good and the bad times, we've been through them all
You make me rise when I fall

'Cause everytime we touch, I get this feeling
And everytime we kiss I swear I could fly
Can't you feel my heart beat fast, I want this to last
Need you by my side
'Cause everytime we touch, I feel this static
And everytime we kiss, I reach for the sky
Can't you hear my heart beat slow
I can't let you go
Want you in my life

'Cause everytime we touch, I get this feeling
And everytime we kiss I swear I could fly
Can't you feel my heart beat fast, I want this to last
Need you by my side



Comments: (0)
Cam lama tul da x update blog ni..bz tul la ngan esaimen..jd tpaksa bt weekly update ja..silalah membaca jurnal i ni..hehe kan best klo jurnal praktikum boleh tulis camni..

09 Mac
Hari ni Maulidur Rasul. Sejak semalam ch tv pasal ceramah2 sempena Maulidur Rasul ja yang ditengok..mo tengok final Lee Chong Wei vs Lin Dan pun xdpt..malas la mo berebut ngan mama i..

Tapi tu crita semalam. Arini actually my bro's bday. Oleh kerana malas mo masak & mencuci piring serta menjemput kaum kerabat 1 cannyngau ni, so i mencadangkan buat ja la majlis bday tu d kepC idamanku selalu. Jemputannya pula sekadar family sebelah mama tapi x suma dapat datang. & oleh kerana i pencadang maka i juga la jadi pengurus merangkap penganjur & pengelola. Sian sungguh diriku ini..huhu

Tapi ada juga rasa bersalah coz orang lain p berarak sempena sambutan Maulidur Rasul..kami pula momom2 di kepC..huhu

10 Mac
Dikejutkan dengan arahan daripada someone yang suruh i p minta maaf ngan orang paling atas d institut ni. Untuk pengetahuan anda (i mean someone), i xkan minta maaf atas kesalahan yang x pernah wujud ok..klo sekadar mengampu baik x payah..lagipun ko langsung xtau pa2 pasal aritu. nyibuk ja..& sy cuma orang yang kebetulan berada di situ, menyaksikan segala kejadian dari awal sampai akhir..adakah itu 1 kesalahan???ko suruh sy p minta maaf ngan orang paling atas & itu menggambarkan sy buat 1 kesalahan yang boleh dibuang institut. nonsense la ko ni..lagipun napa ko x sms terus ngan sy?napa mesti melalui orang lain?inikah gambaran intelektual & profesionalisme yang sebenar bagi ko???

sorry seems to be the hardest word coz i never do it ok!!! & plz think wisely & use your brain in da right way..klo ada wire putus, sila sambungkannya balik..jangan biarkan ke'sot'an kepala ko mengganggu idup orang lain..& tolong la hentikan penganiayaan ko ke atas sy ni..

actually i malas la mo kes besar2 hal ni..tp klo da didesak2 berkali-kali & mengganggu idup orang atas alasan yang x munasabah, kesabaran i boleh terbang begitu saja..& si someone ni memang x senang idup dia klo tengok orang lain senang. dia hanya boleh idup atas kesusahan orang lain ja. sama ada dia ni hanya berjasadkan manusia saja i xtau la..coz i x nampak d mana sifat2 manusia dia tu walaupun dia rasa dia bertanggungjawab untuk memanusiakan manusia.

11 Mac
Buat esaimen..ada sepa2 yang boleh tolong i buat perbandingan pantang larang kaum Melayu, Cina & Dusun?huhu..pening2..

12 Mac
Orang2 KAGUM jalan da arini..wish them luck..& kami yang tinggal d sini cam orang yang xda kehidupan & menjadi penunggu dalam kelas..menunggu lecturer yang x kunjung tiba. Aktiviti awal pagi sekadar bersms ngan orang KAGUM especially my classmates.

Coming soon..
13 Mac
Hantar esaimen..P kk..

14 Mac
Kazen i kawin..

hari2 seterusnya lum tau mo wat pa..belum plan pa2 lagi..


Comments: (0)
Akan datang pada manusia suatu masa ketika kemanisan hati berubah menjadi masin. Sehingga pada hari itu, orang yang berilmu dan orang yang mempelajari ilmu tidak dapat mengambil manfaat daripada ilmunya. Maka, hati orang-orang berilmu seumpama tanah kosong yang bergaram yang turun di atasnya hujan dari langit maka tidak juga menjadi tawar. Apabila condong hati orang berilmu kepada cinta dunia dan melebihkannya atas cinta akhirat, maka pada saat itu dicabutlah oleh Allah SWT sumber-sumber hikmah dan dipadamkan lampu petunjuk dari hati mereka. Maka, akan berceritalah kepadamu orang yang berilmu antara mereka itu, ketika engkau menjumpainya bahawa ia takut kepada Allah SWT dengan lisannya, sementara kezaliman jelas kelihatan pada amal perbuatannya. Alangkah suburnya lidah mereka dan tanduslah hati mereka pada ketika itu! Tidaklah terjadi yang demikian itu selain kerana para guru mengajar bukan kerana Allah SWT dan para pelajar belajar bukan kerana Allah SWT.


Comments: (0)
Ih3..banyak tul benda bukan2 yang i jumpa semenjak-menjak nih..kemarin pasal air kencing..arini pasal taik idung..ni pun jumpa d blog orang nih..untuk mengetahui crita lebih lanjut tentang taik idung nih, korang klik la link d bawah..baca la sendiri k..


Persoalannya masih lagi `sanggup atau tidak?`...



Comments: (1)
Actually, tag ni dari bulan lepas lagi..sekarang baru teringat ada hutang tag..hehe..best juga la tag dari c Carmel nih..cukup untuk membuatkan i terpaksa check balik pa yang ada dalam laptop i nih..

RULES
1. Put your iTunes, Winamp, Windows Media Player, etc. on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
4. Tag 25 friends.
5. Everyone tagged has to do the same thing.
6. DO NOT CHEAT & Have Fun!

IF SOMEONE SAYS 'ARE YOU OKAY' YOU SAY?
A New Day Has Come - Celine Dion


HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?
Yang Terbaik Bagimu - Ada Band & Gita Gutawa


WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
Matahariku - Agnes Monica


HOW DO YOU FEEL TODAY?
Jadikan Aku Yang Kedua - Astrid
(on no! i bukan perampas ok..huhu)



WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?
Ayat-ayat Cinta - Rossa
(ih3..tekanan ngan lagu yang i sendiri ada)


WHAT'S YOUR MOTTO?
Ayu - VE
( astagaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..
runtuh semangat i mo jawab tag c carmel nih )


WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
It's My Life - Bon Jovi

WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
Let The Music Heal Your Soul - Bravo All Stars

WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
Break The Ice - Britney Spears

WHAT IS 2 + 2?
Gimme More - Britney Spears

WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
Piece of Me - Britney Spears
(banyak juga lagu c Britney nih..sy x men tipu ni aaa..)


WHAT IS YOUR LIFE STORY?
Akhirnya - Camelia feat Innuendo

WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
Alone - Celine Dion
(oooooooooppsss..)


WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
Timeless - DBSK
(huh???)


WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
Chicken Dance
(i can imagine mYBiepo nari chicken dance..wakakakak)


WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
Cintaku Tertinggal di Malaysia
(oh my God!!!tolong bacakan yasin untuk sy k..bukan nyanyi lagu nih..)


WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?
Doraemon
(hihihi..)


WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?
Hanya Kau Yang Mampu - Aizat

WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?
Hikmah

WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?
Hotel California
(to my classmates, jangan kmu sangka bukan2 aaa..hehe)


WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
Pagi Yang Gelap - Hujan
(alala..sory la..i didn't mean it..ni salah shuffle nih..)


WHAT WILL YOU POST THIS AS?
Goyang Inul - Inul Darastita
(carmel, sy give up sudah ni..tekanan sy lagu yang last nih..)

hmmmm..amik ja sepa mo ni tag..lebih 25 orang pun xpa..hehe
(i owez break dis rule..hehe)



Comments: (0)
`AIR KENCING PENAWAR SEGALA PENYAKIT`

Betul ke? Actually ni bukan pertama kali i dengar menatang nih..cuma sekarang baru terfikir mo berkongsi pendapat..

I baca pasal benda nih dalam Dewan Kosmik, Disember 2008..pastu i google la coz mo tau sejauh mana keberkesanan meminum air kencing sendiri..macam2 la i jumpa..klo x caya, p la cari sendiri..

Kebanyakan testimonial mengatakan minum air kencing sendiri ni mujarab..sembuh la konon segala macam penyakit dorang. Siap ada sukatan lagi..cam minum ubat dari hospital / klinik. Disyorkan untuk mengamalkan meminum air kencing 1 gelas 1 hari..kompom sihat walafiat!

Korang rasa, rasa air kencing tu cam mana?bau cam mana? i da loya sekarang nih..menurut orang yang da pernah cuba, dorang cakap air kencing ni x berbau apabila baru dilepaskan keluar, tetapi akan menyebarkan aroma yang ~paam2 ja la~ selepas bercampur dengan bakteria luar. Air kencing waktu pagi x rasa apa2 kecuali pahit skit ih3...spesifik tul benda nih bergantung pada air yang diminum pada sebelah malamnya. Ini kerana kapilari pada tunas lidah tidak mengesan rasa air kencing, kecuali mungkin terkesan oleh deria bau hidung. Sekiranya air kencing disapu pada kulit & dibiarkan kering, ia juga x meninggalkan sebarang aroma, sebaliknya kulit tadi akan bertambah halus & mulus sehinggakan lalat pun boleh tergelincir!

Ni antara hasil dapatan yang menarik sepanjang penjelajahan di tenet dalam misi mencari terapi urin@air kencing nih.

Saya pernah membaca buku yang berjudul ”Terapi Urine, Panduan Lengkap Menuju Terapi Air Seni” karya Coen Van der Kroom. Judul aslinya adalah ”THE GOLDEN FOUNTAIN, The complete Guide to Urine Theraphy”. Yang kemudian diterjemahkan oleh Riki Nalsya. Katanya buku ini cukup laris, sehingga sempat terjual laris 100.000.000 kopi, sebagai buku best seller internasional.

Ada beberapa hal menarik dari buku ini, yang merupakan laporan secara empiris medis dari hasil penelitian dilapangan serta observasi dan temuan dibeberapa negara seperi India, China, Inggris, Amerika dan lain-lain. Beberapa kesimpulan diantaranya:
  • Suatu pengobatan universal dan baik sekali untuk penyakit dalam maupun luar. Minumlah air seni (kencing) anda sendiri di pagi hari selama 9 hari berturut-turut dan ia akan menyembuhkan sakit kudis, membuat tubuh menjadi enteng dan gembira. Basuhlah mata anda dengan air (seni) anda sendiri dan ia dapat menyembuhkan sakit mata serta mempertajam dan memperkuat penglihatan.
  • Urokinase adalah sejenis enzim terdapat dalam air seni. Enzim ini bisa melarutkan darah beku dan digunakan mengobati penderita serangan jantung. Metode ini sedikit banyak ditiru dari Cina. Di Shanghai, air seni dikumpulkan di dalam bak-bak besar di toilet-toilet umum, kemudian dijualnya ke perusahaan-perusahaan obat yang yang membuat ekstrak Urokinase. Zat ini dijual sebagai obat di seluruh dunia.
  • Air seni seseorang adalah obat terbaik bagi ginjal, dan semua penyakit yang disebabkan oleh kelemahan atau tidak berfungsinya organ ini.
  • Kangker adalah sebuah penyakit berat yang kronis dan membutuhkan komitmen tinggi, kepercayaan dan kesabaran pasien untuk mencapai kesembuhan. Terapi Air Seni (TAS) dapat sangat membantu, baik dalam meredakan sebagian gejala-gejalanya maupun mengurangi rasa sakit. Dan kadang-kadang juga tampak benar-benar menjadi penyebab kesembuhan total dari wujud fisik penyakit ini.

Walau bagaimanapun, dari segi sains moden, lum ada kajian secara khusus mengenai keberkesanan air kencing ni..Apa2 pun, mujarab atau x, kena rujuk hukum syariat juga (bagi yang beragama Islam) kerana dah nyata lagi jelas, air kencing tu najis.

Di Malaysia, belum ada lagi fatwa mengenai halal haram terapi urin. Maybe xda orang di negara ni yang sanggup buat. Fatwa dari Al-Azhar pula mengatakan:

Para ulama mengatakan bahawa pengubatan dengan sesuatu yang najis tidak dibolehkan kecuali darurat (terpaksa). Adapun ketika dalam keadaan banyak pilihan, banyak tersedia ubat yang halal, maka hal itu tidaklah dibolehkan.


Persoalannya, sanggup atau x?


Comments: (0)
Da masuk bulan Mac da arini..cam lambat pula masa berlalu..bila la mo tahun depan nih..hehe..

Ekceli lama da i mo tunjuk ngan korang koleksi2 i ni perenggan ni xda kena mengena langsung ngan perenggan d atas..hehe..sekarang baru la ada kesempatan mo tulis benda nih..& koleksi pertama yang i mo tunjuk adalah koleksi buku Hardy Boys ataupun bila da di'bahasa melayu'kan jadi la Siri Hadi..

Koleksi Hardy Boys ni i da stat kumpul sejak sekolah rendah lagi..mb darjah 3 kot..sampai la sekarang ni..crita dia cam Detektif Conan juga tapi ni kategori novel kanak2 la..

Dulu susah tul mo jumpa benda ni..tu la dapat kumpul sikit ja..ada la 6 7 buah..malangnya, buku2 kesayangan i ni dimakan anai2 tanpa disedari..huhu..tengok2 tinggal 1 ja lagi..yang lain terpaksa buang..nasib baik hadiah daripada cikgu tym darjah 4 dulu dapat diselamatkan..huk huk:-S


Ni Hardy Boys terbitan 1975..harga tym tu $2.50 ja..i jumpa kat library institut nih..library Cannyngau xtau la ada ka x..

Jangan la pula tertanya2 napa i guna simbol $ & bukan simbol RM..da kena tulis gitu di buku..i ikut je la..

Ni pula terbitan 1988..harga $1.90..turun harga pula..ni pun jumpa di library institut..

Ni la 1 & only buku yang dapat diselamatkan daripada dimakan anai2..ni la juga buku yang telah dihadiahkan oleh cikgu kepada i tym darjah 4..lupa da pasal pa dapat hadiah..pa2pun i appreciate it sampai sekarang..cikgu tu pun cam paam2 ja i suka sangat Siri Hadi ni..buku ni terbitan 1997..harga lupa pula mo tengok..hehe


Yang ni pula i baru beli tym cuti last year..tym tu la i nampak berlambak buku ni..dulu punya la susah mo dapat..cam mo borong suma pun ada..takut kehabisan..hehe..ni terbitan 2005..harga pun da naik RM3.50 da..tapi makin nipis pula..xtau la napa..

Azam untuk mengumpul suma siri maC ada..xkira la berapa da umur i sekarang i maC mo buat koleksi benda ni..mo bagi orang atau mo jual x sekali-kali=((


=:)