Once upon a tym, camel & i blh kira lewat la p kls..org len da 2nggu kmi dkt tangga..on no!!selalunya kmi awal siap & xla bt org nunggu cam 2..sebabnya???we talk 'bout SENGGUGUT..

sungguh rancak kmi bcrita..crita psl pengalaman masing2 mhadapi senggugut yg tiap2 bln 2..sakit ni la..sakit 2 la..Booooyssss!!! utk pengetahuan korang..sakit perut 2 cuma sakit basic je..sakit yg asas & wajib dihadapi selain kurang selera makan & mood berubah..2 lum lg skt pra-period..demam selsema, sakit kepala yg mo tkuar biji mata, pitam & mcmc2 lg la..sakit yg dialami 2 pl blainan bg setiap individu..ikut org la..

Petua pun byk jg..tuam perut ngan botol yg berisi air suam la, gosok pakai bunga raya la, mcm2 lg la..tp 1 pun i x pernah cuba..

What is senggugut?

Sakit ketika datang haid atau senggugut adalah satu masalah yang biasa dialami oleh banyak wanita dan lazimnya dialami oleh gadis yang baru meningkat remaja. Untuk anak remaja keadaan ini digelar primary spasmodic dysmenorrhea dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Di dalam beberapa tahun pertama selepas akil baligh, pusingan haid seseorang gadis masih belum teratur lagi. Haid mungkin akan datang tiga atau empat bulan sekali. Senggugut biasanya mula dirasai 2-3 tahun kemudian.

Rasa sakit sewaktu datang haid ini adalah disebabkan oleh kuncupan rahim yang begitu kuat sekali untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur sedikit tisu daripada selaput endometrium . Darah haid ini perlu keluar menerusi saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit di kalangan gadis remaja.Kuncupan rahim yang kuat ini adalah disebabkan oleh sejenis hormon yang digelar dengan nama Prostaglandin. Kesakitan ini berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain. Ada yang mungkin rasa sakitnya ringan sementara yang lainnya akan mengalami sakit yang teruk. Jangka waktu sakit juga berbeza, ada yang mengalami sehari, ada pula yang mengalaminya setiap kali datang haid.

Ramai dalam kalangan wanita yang risau sama ada senggugut boleh menyebabkan kemandulan. Ini tidak benar dan senggugut biasanya akan hilang setelah gadis berumahtangga dan mendapat anak. Kehamilan dan kelahiran dapat mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca pada senggugut. Walau demikian, sebahagian kecil dari mereka akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan jika senggugut itu berterusan selepas kahwin. Mereka ini mungkin mengidap penyakit endometriosis. Ini menyebabkan sakit seperti senggugut tetapi apa yang menyebabkan ia terjadi tidaklah sama seperti sebab sakit senggugut yang biasa.

Gadis-gadis yang mengalami senggugut boleh mengambil ubat penawar sakit/analgesic seperti Panadol, Aspirin, Ponstan, Synflex dan lain lain. Tetapi dalam kes-kes yang lebih teruk, doktor akan memberi ubat penawar sakit yang mengandungi hormon Norethisterone.

Senggugut jenis kedua ialah congestive dysmenorrhea yang biasa dialami oleh wanita yang sudah berkahwin dan melahirkan anak. Lazimya senggugut yang dialami itu lebih teruk dan lebih panjang waktunya. Senggugut ini disebabkan oleh penyakit dan ketumbuhan dalam alat peranakan. Diantara penyakit ini termasuklah ketumbuhan dalam rahim seperti endometriosis, adenomyosis, fibroids dan jangkitan kuman pada perkakas peranakan. Wanita yang mengalami masalah ini perlu bertemu doktor Pakar Sakit Puan. Kebanyakan daripada mereka menghadapi masalah kurang subur, mudah keguguran, pendarahan yang berlebihan dan berpanjangan atau senggugut yang sangat teruk.


Buat camel, betul la pa yg doktor 2 gtau ko 2..kesimpulannya, cepat2 la kawin kepada sesiapa yg xtahan da kena senggugut 2..hehe

4 comments:

Carmelliny said...

haha..ya bah kan..first time kita lambat oh..nah kan..btul lah apa doktor sa ckp tue..dia suruh sa kawin nie..lepas nie,post pasal jerawat lagi ah..sebab sa ada petua lagi pasal jerawat.makan ubat perancang keluarga..hahaha..

ZOoL said...

wah..panjang juda xplanation psal senggugut ah ney..hehe
patutla bad mood ja ngan org aritu..huhu

Feefay said...

haha..nnt sy post psl jerawat dalam oh no!!!(2)..hehe

Feefay said...

mmg la..ney kes explain pjg2 spy bie fhm & blh estimate ms bla ney berubah mood..mo wat cam mn..bie kan kapel ngan org pompuan..klo kapel ngan lelaki mb xla bie mhadapi perubahan mood tb2..hehe