Umum berpendapat masalah jerawat dalam kalangan orang pompuan bkaitan ngan period...namun begitu, masalah ini muncul semenjak remaja hinggalah dewasa, tidak kira lelaki atau pompuan..jerawat ini bukan hanya tumbuh di bahagian muka sahaja, tetapi turut muncul di sekitar bahu, belakang, paha dan lain-lain..( napa cam wat pengenalan esaimen ja ni?huhu ).

untuk mengetahui bab2 jerawat ni, i suggest u all to visit this web http://www.pimplechat.com

Actually, i interested with camel's theory 2008 that says "untuk menghilangkan jerawat, makanlah ubat perancang.." korang pernah dengar ke benda ni?i never know till camel sent a comment to me..so, sy berusahalah untuk mencari kebenarannya..dan inilah hasil dapatan i..

......

Petua songsang hapus jerawat - Harian Metro, 13 Julai 2007

KUALA LUMPUR: Akibat mengamalkan petua pelik untuk mencantikkan wajah dan menghilangkan jerawat dengan cepat, segelintir remaja dan pelajar sekolah dikesan mengalami ketagihan makan pil perancang keluarga yang boleh dibeli sewenang-wenang dengan hanya RM2 sepapan.

Pil perancang keluarga itu dikatakan ubat subsidi kerajaan Indonesia kepada klinik atau hospital di republik itu.




Ini berikutan ada perkataan khas memaparkan pil terbabit diberi percuma dan tidak boleh dijual beli dalam bahasa Indonesia.

Bagaimanapun, penemuan longgokan ‘pil keluarga Berencana’ itu yang dijual sekitar ibu kota menimbulkan tanda tanya bagaimana ia boleh diperdagangkan, terutama oleh peniaga ubat-ubatan tradisional.

Difahamkan pil itu semakin popular dalam kalangan wanita tempatan kerana dipercayai boleh melicinkan kulit wajah selain menghentikan pertumbuhan jerawat.

Justeru, sebilangan wanita tempatan mula bergantung kepada pil itu tanpa menyedari bahaya yang menanti berikutan dos tinggi hormon estrogen dan progestin di dalamnya.

Wartawan Harian Metro yang menyamar sebagai pembeli mendapati pil berkenaan dijual hampir di setiap kedai ubat tradisional sekitar Chow Kit, Jalan Raja Bot, Kampung Pandan Dalam dan beberapa gerai di Taman Greenwood, Gombak.

Pil yang mempunyai pelbagai warna antaranya putih, kuning dan merah jambu boleh dibeli dengan harga RM2 hingga RM6 bagi 28 biji sepapan.

Seorang peniaga yang ditanya mendakwa pil itu tidak hanya dibeli individu untuk mencegah kehamilan, malah turut digunakan untuk mencantikkan wajah selain menghilangkan kesakitan akibat datang bulan.

Dia mendakwa pil itu boleh didapati dengan mudah di negara ini berikutan ada ejen atau pihak tertentu menyeludup masuk bersama pelbagai ubatan seks dari Indonesia.

Lelaki berusia 40-an dari Acheh itu yang berniaga di Chow Kit mendakwa mampu menjual antara 100 hingga 300 papan pil itu dalam tempoh sebulan.

Menurutnya, pil berkenaan turut menjadi ‘pujaan’ lelaki lembut dan pelacur pondan yang mahukan kulit lebih gebu selain membentuk payudara lebih pejal.




Sementara itu, Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Eisah Abdul Rahman, berkata penjualan pil itu secara bebas oleh penjual kaki lima dan peniaga ubat-ubatan tradisional salah mengikut Akta Racun 1952.

Menurutnya, penguat kuasa farmasi kementerian tidak akan teragak-agak merampas produk terbabit sekiranya ditemui dijual secara bebas oleh peniaga.

“Apa yang pasti pil itu diseludup masuk secara besar-besaran dari Indonesia dan dijual bebas kepada orang ramai,” katanya.

Mengikut undang-undang, pil perancang keluarga hanya boleh dibeli dari kedai berlesen, dipreskripsi seorang pengamal perubatan berdaftar, doktor atau ahli farmasi bertauliah.

“Peniaga atau pemilik kedai runcit yang menjual pil pencegah hamil melakukan kesalahan mengikut Seksyen 16 Akta Racun 1952 dan boleh didenda sehingga RM3,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya

Beliau berkata, mengikut Akta Racun 1952, seorang ahli farmasi perlu mencatatkan nama dan alamat pembeli di samping butir-butir lain dalam Buku Preskripsi.

Akta berkenaan juga melarang penjualan ubat itu (yang berada dalam Kumpulan C) kepada mereka di bawah 18 tahun..

Difahamkan kajian mendapati pil perancang keluarga yang dimakan jika tidak mengikut syarat boleh menimbulkan tindak balas buruk seperti gangguan perut, sakit kepala atau migrain, kejang abnormal, tegang payudara, perubahan dalam aliran haid, keguguran rambut, kekeringan air dalam tubuh, menaikkan selera makan, cemas, tekanan perasaan dan masalah urat darah.

Lebih membimbangkan apabila menyebabkan antara punca utama pembabitan remaja tempatan dalam kegiatan seks bebas dan maksiat.

Sementara Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa), Datuk Dr Jacob George berkata, penggunaan ubat-ubatan mencegah kehamilan perlukan kawalan ketat kerana boleh mengancam kesihatan wanita berusia 30 tahun ke atas.

Begitu juga mereka menghidap penyakit arteri koronari seperti tekanan darah tinggi, paras kolesterol yang tinggi dalam darah, kencing manis, masalah peredaran darah dan mempunyai sejarah kegemukan.

Mereka boleh diancam serangan jantung.


Sumber: http://farmasikdh.moh.gov.my

......

I rasa korang suma faham da kan pas baca artikel di atas ni..jgn la terpedaya ngan mitos pil perancang boleh menghapuskan jerawat..nanti badan sendiri juga yang merana...






2 comments:

Carmelliny said...

ngahahaha...nasib sa x ambil tue pil kan...kalo x,dlm tanah sdh mangkali sa skg..magkali kalo overdose ya lah ada effect...tapi apa2 pun,kalo pun senggugut sa datang balik,sa x mau mkn tu ubat tu..bikin gumuk...

Feefay said...

tau pun..jgn cpt prcy khbr angin la..ko gusuk ja ba pki minyak unta 2..hehe