micro teaching pj + camping + futsal = itam metallic

sian sungguh kpd diriku yg kehilangan warna kulit semulajadi ( bkn suma ok! ). pas camping kna suruh ikut futsal pl..futsal ni pl kna bt di court basketball & stat pkl 2 pm. unik sungguh ptandingan ni..ih3...

well, 1st tym ni kls pismp bm ambilan jan 2007 ( pompuan ) ikut futsal. bangga jg la bla da menang..makaseh kpd classmates lelaki yg bg semangat & sanggup jd coach kmi terutamanya ian & fawwaz. ni kemenangan kt bsama ok..

2 org yg ganjil 2 pom2 gurls & perawat kecemasan ( ada ke? )

kemenangan milik bersama..

..........


2 crita futsal..ni pl crita malam muhibbah raya..kls pismp bm yg tkenal dgn kuat mkn ( bm = budak makan ) ni kna suruh jaga 5000 cucuk sate ( sampai ke? )..huh..rezeki jgn ditolak..

satay in our hands...huahuahua

kmi la penyebab 2 sate laris..wakakakak

let's momom!!!!
huh..i br ja blk dr camping scout ni..camping Kursus Modul A & B KLM 32 di TRCC, Tambunan bermula 16 - 19 Sept..dulu kna panggil manik kayu 2..1st tym i ikut camping ubf ni..dr sekolah rendah sampai la sekolah menengah xpernah ikut benda ni..tym skrg lerr br dpt ikut..

banyak la ilmu kepengakapan i dpt tym ikut camping ni..1st tym wat gadget ( walaupun sbnrnya dorg ian yg bt & 'G' i tcabut..huhu ), wat woogle dll la..ikatan & simpulan pula da 3 thn bljr..dr foundation lg tp x pula pandai2..babal sungguh otak i ni..btambah jg pengalaman manis & pengalaman masin skit2..hehe

antara pengalaman manis 2 dpt group member yg bagus2 belaka..komitmen, sporting, xmementingkan diri sendiri & kerjasama serta keazaman yg kuat la..pas2 masing2 ada kelebihan sendiri..ian ngan kemahiran muzik & ilmu pengakapannya, llk len pandai wat gadget, yg pompuan pandai masak..c rizal pl selalu tanya bila turn dia ci piring..hehe..pokoknya, masing2 tau la pa mo bt..xperlu 2nggu arahan baru bgerak..

1 lg..bk log i kna sain Penolong Pesuruhjaya MPKLM/BPG Zon Sabah..bangga jg la coz rs2nya bk log i sorg je yg kna sain..hehe..xtau la pl klo bk log org len ada sain dia jg..

byk lg la pengalaman len yg xdpt dicritakan & digmbrkan dlm blog ni..walaupun i pd mulanya xda ati mo ikut benda ni, last2 ok jg..pengalaman 2 yg x tnilai 2..

skrg ni, i tgh ke'hitam'an..maklumlah..br blk dr camping..kedemaman pun menyerang coz sna sejuk..jauh lbh sejuk dr cannyngau ni pdhal jarak2 bkn la jauh sgt pun..pa2pun, i letak la skit pics cni utk tatapan korang..


"sekali berpengakap, berpengakap selamanya"..cewah

tym kembara...amik pic d tabasan org dl..

tym 2nggu c imran limpas jambatan..

i love u ol..hehe

utk pics lebih lanjut, tgk la fs i ye..


Ramai yang mengesyorkan kepada sy untuk menggunakan Petroleum Jelly Vaseline sebagai pelembap bibir. Mula2 2 ragu2 jg coz i juz pernah nmpk bapa i sapu benda 2 tym buat denture ( gigi palsu ). Tp bla nmpk org len ok ja jd i pun pki lerrr..terpengaruh ngan rakan sebaya la katakan..

Namun, ke'ok'an 2 xla berpanjangan bila bibir i membengkak dan membengkak dan membengkak cam donald duck..rasa pedih dan perit yg amat sgt..gatal jg tp xdpt garu..klo luka 1 hal lg..mula2 i x perasan pa yg menyebabkan bibir i membengkak cam 2..so i 2duh la c belacan dalam botol pny psl..tp, bla i da berenti mkn, sm jg..xsurut2 bengkak 2..da la bengkak, menggerutu pl 2..bla da menggelupas, bengkak lg blk..keadaan ni ada la dlm 2 minggu..yg sedihnya, jangka masa 2 dari seminggu sebelum raya hinggalah raya ke-5..

pas control mkn n bpantang benda2 len, tinggal vaseline la pl benda br yg i pki tym 2..jd, i bt la eksperimen ke atas diri sendiri..i berenti pki vaseline coz mmg rs panas sgt bibir 2 & cuba lip balm Aloe Vera wit Jojoba pl..alhamdulillah..surut la skit2 bengkak 2..tp, tb2 bengkak blk..kali ni lg teruk dr yg sebelumnya..kemuncak kesakitan bibir..mlm 2 i rasa bibir i panas dan gatal sgt ..berganda2 rs 2..tpaksa la garu jg skit coz xthn da..tp makin lg bengkak..oleh krn ters sgt pns, i tekap la bibir i ngan ais..cam rwtn kecemasan pl..tdo pun ngan ais..esoknya, dgn rs bersyukur i tgk bibir i da normal blk..kesengsaraan dan keperitan da berakhir..

so, i cb cari info psl vaseline ni..vaseline smmgnya bgs utk kulit dan bibir..tp 1 sifat vaseline ni adalah memerangkap haba di dalam..2 la xblh digunakan untuk fresh burns, tmasuk la sunburn..kalau la i baca info vaseline 2 dulu, xla i sengsara tym sblm raya sampai tym raya..huhu..bibir i sgt sensitif..cam alarm utk bdn..slh mkn ja bengkak..slh ini, slh i2, bengkak..lg2 sensitif klo melibatkan haba ni..sabar ja la klo da bjemur 2..kompom bengkak skit..tp org len xnmpk & x sedar la..

aloe vera pl bsifat sejuk..jd sesuai sgt la ngan bibir i sgt sensitif ni dgn haba ni..pa2pun, syukur sgt coz da kembali normal..xla i rs i ni donald duck di alam realiti. hehe...


this thing make me suffer for at least 2 weeks..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

this thing make me get my life back..

Comments: (2)
Umum berpendapat masalah jerawat dalam kalangan orang pompuan bkaitan ngan period...namun begitu, masalah ini muncul semenjak remaja hinggalah dewasa, tidak kira lelaki atau pompuan..jerawat ini bukan hanya tumbuh di bahagian muka sahaja, tetapi turut muncul di sekitar bahu, belakang, paha dan lain-lain..( napa cam wat pengenalan esaimen ja ni?huhu ).

untuk mengetahui bab2 jerawat ni, i suggest u all to visit this web http://www.pimplechat.com

Actually, i interested with camel's theory 2008 that says "untuk menghilangkan jerawat, makanlah ubat perancang.." korang pernah dengar ke benda ni?i never know till camel sent a comment to me..so, sy berusahalah untuk mencari kebenarannya..dan inilah hasil dapatan i..

......

Petua songsang hapus jerawat - Harian Metro, 13 Julai 2007

KUALA LUMPUR: Akibat mengamalkan petua pelik untuk mencantikkan wajah dan menghilangkan jerawat dengan cepat, segelintir remaja dan pelajar sekolah dikesan mengalami ketagihan makan pil perancang keluarga yang boleh dibeli sewenang-wenang dengan hanya RM2 sepapan.

Pil perancang keluarga itu dikatakan ubat subsidi kerajaan Indonesia kepada klinik atau hospital di republik itu.




Ini berikutan ada perkataan khas memaparkan pil terbabit diberi percuma dan tidak boleh dijual beli dalam bahasa Indonesia.

Bagaimanapun, penemuan longgokan ‘pil keluarga Berencana’ itu yang dijual sekitar ibu kota menimbulkan tanda tanya bagaimana ia boleh diperdagangkan, terutama oleh peniaga ubat-ubatan tradisional.

Difahamkan pil itu semakin popular dalam kalangan wanita tempatan kerana dipercayai boleh melicinkan kulit wajah selain menghentikan pertumbuhan jerawat.

Justeru, sebilangan wanita tempatan mula bergantung kepada pil itu tanpa menyedari bahaya yang menanti berikutan dos tinggi hormon estrogen dan progestin di dalamnya.

Wartawan Harian Metro yang menyamar sebagai pembeli mendapati pil berkenaan dijual hampir di setiap kedai ubat tradisional sekitar Chow Kit, Jalan Raja Bot, Kampung Pandan Dalam dan beberapa gerai di Taman Greenwood, Gombak.

Pil yang mempunyai pelbagai warna antaranya putih, kuning dan merah jambu boleh dibeli dengan harga RM2 hingga RM6 bagi 28 biji sepapan.

Seorang peniaga yang ditanya mendakwa pil itu tidak hanya dibeli individu untuk mencegah kehamilan, malah turut digunakan untuk mencantikkan wajah selain menghilangkan kesakitan akibat datang bulan.

Dia mendakwa pil itu boleh didapati dengan mudah di negara ini berikutan ada ejen atau pihak tertentu menyeludup masuk bersama pelbagai ubatan seks dari Indonesia.

Lelaki berusia 40-an dari Acheh itu yang berniaga di Chow Kit mendakwa mampu menjual antara 100 hingga 300 papan pil itu dalam tempoh sebulan.

Menurutnya, pil berkenaan turut menjadi ‘pujaan’ lelaki lembut dan pelacur pondan yang mahukan kulit lebih gebu selain membentuk payudara lebih pejal.




Sementara itu, Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Eisah Abdul Rahman, berkata penjualan pil itu secara bebas oleh penjual kaki lima dan peniaga ubat-ubatan tradisional salah mengikut Akta Racun 1952.

Menurutnya, penguat kuasa farmasi kementerian tidak akan teragak-agak merampas produk terbabit sekiranya ditemui dijual secara bebas oleh peniaga.

“Apa yang pasti pil itu diseludup masuk secara besar-besaran dari Indonesia dan dijual bebas kepada orang ramai,” katanya.

Mengikut undang-undang, pil perancang keluarga hanya boleh dibeli dari kedai berlesen, dipreskripsi seorang pengamal perubatan berdaftar, doktor atau ahli farmasi bertauliah.

“Peniaga atau pemilik kedai runcit yang menjual pil pencegah hamil melakukan kesalahan mengikut Seksyen 16 Akta Racun 1952 dan boleh didenda sehingga RM3,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya

Beliau berkata, mengikut Akta Racun 1952, seorang ahli farmasi perlu mencatatkan nama dan alamat pembeli di samping butir-butir lain dalam Buku Preskripsi.

Akta berkenaan juga melarang penjualan ubat itu (yang berada dalam Kumpulan C) kepada mereka di bawah 18 tahun..

Difahamkan kajian mendapati pil perancang keluarga yang dimakan jika tidak mengikut syarat boleh menimbulkan tindak balas buruk seperti gangguan perut, sakit kepala atau migrain, kejang abnormal, tegang payudara, perubahan dalam aliran haid, keguguran rambut, kekeringan air dalam tubuh, menaikkan selera makan, cemas, tekanan perasaan dan masalah urat darah.

Lebih membimbangkan apabila menyebabkan antara punca utama pembabitan remaja tempatan dalam kegiatan seks bebas dan maksiat.

Sementara Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa), Datuk Dr Jacob George berkata, penggunaan ubat-ubatan mencegah kehamilan perlukan kawalan ketat kerana boleh mengancam kesihatan wanita berusia 30 tahun ke atas.

Begitu juga mereka menghidap penyakit arteri koronari seperti tekanan darah tinggi, paras kolesterol yang tinggi dalam darah, kencing manis, masalah peredaran darah dan mempunyai sejarah kegemukan.

Mereka boleh diancam serangan jantung.


Sumber: http://farmasikdh.moh.gov.my

......

I rasa korang suma faham da kan pas baca artikel di atas ni..jgn la terpedaya ngan mitos pil perancang boleh menghapuskan jerawat..nanti badan sendiri juga yang merana...






Comments: (4)
Once upon a tym, camel & i blh kira lewat la p kls..org len da 2nggu kmi dkt tangga..on no!!selalunya kmi awal siap & xla bt org nunggu cam 2..sebabnya???we talk 'bout SENGGUGUT..

sungguh rancak kmi bcrita..crita psl pengalaman masing2 mhadapi senggugut yg tiap2 bln 2..sakit ni la..sakit 2 la..Booooyssss!!! utk pengetahuan korang..sakit perut 2 cuma sakit basic je..sakit yg asas & wajib dihadapi selain kurang selera makan & mood berubah..2 lum lg skt pra-period..demam selsema, sakit kepala yg mo tkuar biji mata, pitam & mcmc2 lg la..sakit yg dialami 2 pl blainan bg setiap individu..ikut org la..

Petua pun byk jg..tuam perut ngan botol yg berisi air suam la, gosok pakai bunga raya la, mcm2 lg la..tp 1 pun i x pernah cuba..

What is senggugut?

Sakit ketika datang haid atau senggugut adalah satu masalah yang biasa dialami oleh banyak wanita dan lazimnya dialami oleh gadis yang baru meningkat remaja. Untuk anak remaja keadaan ini digelar primary spasmodic dysmenorrhea dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Di dalam beberapa tahun pertama selepas akil baligh, pusingan haid seseorang gadis masih belum teratur lagi. Haid mungkin akan datang tiga atau empat bulan sekali. Senggugut biasanya mula dirasai 2-3 tahun kemudian.

Rasa sakit sewaktu datang haid ini adalah disebabkan oleh kuncupan rahim yang begitu kuat sekali untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur sedikit tisu daripada selaput endometrium . Darah haid ini perlu keluar menerusi saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit di kalangan gadis remaja.Kuncupan rahim yang kuat ini adalah disebabkan oleh sejenis hormon yang digelar dengan nama Prostaglandin. Kesakitan ini berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain. Ada yang mungkin rasa sakitnya ringan sementara yang lainnya akan mengalami sakit yang teruk. Jangka waktu sakit juga berbeza, ada yang mengalami sehari, ada pula yang mengalaminya setiap kali datang haid.

Ramai dalam kalangan wanita yang risau sama ada senggugut boleh menyebabkan kemandulan. Ini tidak benar dan senggugut biasanya akan hilang setelah gadis berumahtangga dan mendapat anak. Kehamilan dan kelahiran dapat mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca pada senggugut. Walau demikian, sebahagian kecil dari mereka akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan jika senggugut itu berterusan selepas kahwin. Mereka ini mungkin mengidap penyakit endometriosis. Ini menyebabkan sakit seperti senggugut tetapi apa yang menyebabkan ia terjadi tidaklah sama seperti sebab sakit senggugut yang biasa.

Gadis-gadis yang mengalami senggugut boleh mengambil ubat penawar sakit/analgesic seperti Panadol, Aspirin, Ponstan, Synflex dan lain lain. Tetapi dalam kes-kes yang lebih teruk, doktor akan memberi ubat penawar sakit yang mengandungi hormon Norethisterone.

Senggugut jenis kedua ialah congestive dysmenorrhea yang biasa dialami oleh wanita yang sudah berkahwin dan melahirkan anak. Lazimya senggugut yang dialami itu lebih teruk dan lebih panjang waktunya. Senggugut ini disebabkan oleh penyakit dan ketumbuhan dalam alat peranakan. Diantara penyakit ini termasuklah ketumbuhan dalam rahim seperti endometriosis, adenomyosis, fibroids dan jangkitan kuman pada perkakas peranakan. Wanita yang mengalami masalah ini perlu bertemu doktor Pakar Sakit Puan. Kebanyakan daripada mereka menghadapi masalah kurang subur, mudah keguguran, pendarahan yang berlebihan dan berpanjangan atau senggugut yang sangat teruk.


Buat camel, betul la pa yg doktor 2 gtau ko 2..kesimpulannya, cepat2 la kawin kepada sesiapa yg xtahan da kena senggugut 2..hehe

Comments: (0)
Huh..setelah berhempas pulas berjam2 dok ngadap laptop, akhirnya i telah memilih template ni untuk menggantikan template yg lm 2..boring da ngan template lama..Bukan senang mo dpt yg berkenan di hati ni..tpaksa bsengkang mata & tahan hati ngan tenet yg sgt lembap ni..template ni pun xla i bkenan sgt tp ok la drpd yg len 2..

Well, nama template ni What a Woman Wants..kira sesuai la kan coz pemilik blog ni kan pompuan..hehe..pa2pun gadget & widget blm la kna letak cni dl..ngantuk da ni..sepatutnya mlm ni wat esaimen jojo..mlgnya, mood mlm ni xsesuai utk wat esaimen..adakah i2 menandakan sesuatu yg malang akan menimpa diriku ini?huhu

Walau bagaimanapun, kehendak mata ni perlu dilayan tlebih dahulu..pa mo jd besok, jd la..i x peduli..tdo utk kumpul tng utk bsok..ada pek pek lg 2..i hate dat..sory2 la kpd bdk2 scout terutamanya my hubbie..hehe..mo wat cam mn jg..i x berjiwa scout..blm ada hidayah lg utk menerima scout ni sepenuh hati..

Pa2pun, tdo itu wajib pada ketika ini..gudnite..