Comments: (0)
Klo rajin baca la..


* Dalam info ni banyak kesalahan ejaan dan kesalahan penggunaan bahasa..so pandai2 sendiri la baca..
(lum ada masa mo edit)

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Utusan Malaysia 5/11/2004

Sistem tulisan Jawi - Sinarnya merentasi zaman


..PERKATAAN yang baik umpama pohon yang baik, akarnya mencengkam tanah, pohonnya menjulang ke langit, ia menghasilkan buahnya pada setiap musim. -Intisari maksud daripada surah Ibrahim ayat 25.

Pohon yang tinggi memerlukan akar yang kukuh. Tanpa akar, pohon akan rebah ke bumi. Dengan akar juga ia menyerap makanan agar kehidupan dapat diteruskan.

Bahasa Melayu umpama pohon, tulisan Jawi pula umpama akar. Melalui tulisan Jawilah bahasa Melayu membina kekuatannya pada zaman kegemilangan kesusasteraan Melayu.

Akar kekuatan tulisan Jawi terletak kepada sistemnya yang dinamik dan berpotensi menerima perkembangan.

Inilah di antara faktor yang menjadikan tulisan Jawi tetap bertahan merentasi perubahan zaman.

Secara umum, tulisan Jawi boleh dikategorikan kepada dua sistem, iaitu sistem ejaan dan sistem visual penulisannya.

Kebanyakan pengkaji menumpukan kepada aspek ejaan dan amat sedikit sekali yang mengkaji aspek perkembangan visualnya.

Oleh kerana potensi yang dimilikinya, kajian terhadap sistem ejaan Jawi masih terus dijalankan oleh pengkaji dari timur dan barat hingga hari ini.

Huruf Jawi merangkum 29 abjad Arab dan enam abjad tambahan sebagaimana yang terdapat pada Batu Bersurat Terengganu, iaitu (Pa, Ga, Nga, Cha dan Nya) dengan satu abjad iaitu (Va) yang ditambah oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Pedoman Ejaan Jawi (1986).

Kepelbagaian ini membolehkan tulisan Jawi diadaptasi ke dalam pelbagai bahasa di dunia, setanding dengan kemampuan tulisan Rumi.

Mungkin inilah di antara sebab mengapa tulisan Jawi berjaya menarik perhatian pengkaji dari timur dan barat.

Malah Shellabear dalam satu penulisannya pernah menyatakan kekagumannya terhadap keseragaman ejaan Jawi sebelum abad ke-17M.

Nama-nama seperti Raja Ali Haji, Muhamad Ibrahim, Raja Haji Muhamad Tahir, Muhamad Said Sulaiman dan Zainal Abidin Ahmad (Za'aba) adalah antara mereka yang berjasa dalam pengkajian Jawi.

Hari ini selain Juhari Moin, Hashim Musa dan lain-lain, kajian oleh Kang Kyoung Seock dari Korea turut menarik perhatian umum.

Para pengkaji telah membahagikan perkembangan tulisan Jawi kepada lima tahap perkembangan.

Pada peringkat awal tulisan Jawi menggunakan baris I'rab (atas, bawah dan sukun dan hadapan ) seperti tulisan Arab.

Ejaan Jawi pada abad ke 17M adalah lebih baku dan kurang menggunakan vokal alif, wau dan ya.

Sementara pada abad ke 18M lebih banyak vokal alif, wau dan ya digunakan. Pada abad ke 19M ejaan Jawi telah meninggalkan sistem ejaan lamanya dengan menggunakan huruf vokal secara lebih meluas.

Hikayat Abdullah menjadi contoh tahap transisi ejaan Jawi baru yang berlaku antara abad ke 19 dan 20M.

Pendeta Za'aba telah menyusun panduan ejaan Jawi dalam Daftar Ejaan Jawi dan Rumi 1938/1949 dan telah diterima secara meluas dalam masyarakat Melayu.

Walau bagaimanapun pada tahun 1963, pengisytiharan Akta Bahasa Kebangsaan secara tidak langsung telah menurunkan tahap penggunaan tulisan Jawi.

Menyedari kepentingan Jawi dalam pembangunan negara, pada tahun 1985 Kementerian Pelajaran telah mewajibkan kurikulum Jawi di peringkat sekolah rendah agama. Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, semasa beliau menjawat jawatan Menteri Pelajaran pernah menyatakan tulisan Jawi adalah warisan yang tidak ternilai harganya, khusus bagi masyarakat Melayu.

Kini satu lagi langkah memperkasa tulisan Jawi telah diperkenalkan. Kementerian Pelajaran telah melaksanakan Projek J-Qaf (Jawi, Quran, Arab & Fikah) pada tahun 2005 bermula dengan murid Tahun Satu.

Walaupun pelbagai jenis seni khat digunakan dalam menulis skrip Jawi sejak abad ke 13M hingga kini, penggunaan khat yang diadaptasi daripada seni khat Nasakh dan Farisi tampak lebih dominan. Mungkin ini disebabkan oleh kesesuaiannya dengan kelembutan budaya Melayu.

Dari situ, beberapa bentuk tulisan yang menarik telah berjaya dihasilkan. Di antaranya ialah gaya tulisan dalam Hikayat Hang Tuah yang menunjukkan bentuk tulisan yang unik dan tersendiri, yang diadun daripada gaya Nasakh serta Farisi.

Ciri-ciri tulisan tersebut menampakkan ciri-ciri kewibawaan dan karisma. Mungkin gayanya boleh menjadi titik tolak kajian bagi menghasilkan seni tulisan Jawi baku.

Ia bukan satu perkara mustahil, kerana tulisan Jawi adalah tulisan bagi sebuah tamadun dunia yang tinggi dan pernah diakui di peringkat antarabangsa.

Jika orang Maghribi mempunyai tulisan Maghribi, Kufah dengan Kufinya, Iran dengan Farisinya, bukan mustahil umat Melayu akan mempunyai seni khat Jawinya suatu masa nanti.

Perkara ini disedari oleh segelintir seniman tempatan. Black & Brown sendiri telah membangunkan satu kajian mengenai bentuk seni khat Jawi.

Berbagai-bagai aspek diambil kira dalam kajian, malah kemungkinan penggunaan kaedah huruf besar, huruf sambungan dan juga teknik penulisan pantas turut menjadi subjek kajian di Black & Brown.

Kekuatan sistem yang dinyatakan ini menjadikan tulisan Jawi mampu menongkah arus zaman.

Permintaan terhadap tulisan Jawi perlu diperbanyakkan, walaupun dalam kepesatan penggunaan tulisan Rumi dalam era globalisasi.

Tulisan Jawi juga mencerminkan kekuatan umat ini dalam menghadapi arus zaman yang serba mencabar.

Kesedaran terhadap kebaikan tulisan Jawi akan menimbulkan penghargaan umat Islam Melayu terhadap kehebatan warisan sendiri.

Memang benar kata Hang Tuah, Melayu tidak akan hilang di dunia, namun kata-kata ini hanya akan menjadi kenyataan apabila umat Melayu memiliki identiti budaya dan mendirikan agamanya.

Jika bukan suatu umat itu memartabatkan warisan bangsa dan agamanya sendiri, siapakah lagi yang boleh diharapkan untuk memperjuangkannya?

- Artikel di atas adalah hak intelektual Black & Brown Resources Sdn. Bhd. Ia sebuah syarikat bumiputera yang berpengalaman dalam seni Islam, penerbitan dan pengiklanan selama 15 tahun dan pembinaan manuskrip al-Quran beriluminasi selama 10 tahun.


.....



TULISAN JAWI TAKKAN HILANG DITELAN ZAMAN
Oleh Mohamad Hata Ghazali
Jabatan Kimia , Univ. Malaya


TULISAN jawi merupakan khazanah kekayaan bangsa dan tamadun kita untuk hampir 1,000 tahun manakala tulisan rumi baru berumur kira-kira 40 tahun sebagai tulisan rasmi di Malaysia. Demikian dinyatakan oleh Naib Canselor , Profesor Dato' Dr Anuar Zaini Md Zain menerusi ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik), Profesor Dr. Ir Mashkuri Hj. Yaakob di Majlis Perasmian Simposium Teknologi Jawi Kebangsaan pada 24 Jun 2000 di Dewan Kuliah 1 , Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat.

Simposium tersebut telah dirasmikan oleh Setiausaha Parlimen, Kementerian Pendidikan , Dato' Mahadzir Mohd Khir yang turut melancarkan laman web jawi. Dalam ucapannya beliau telah menyebut beberapa perkataan yang mengaitkan Melayu dengan Jawi. Istilah 'masuk jawi' sudah tidak asing di Malaysia.

Di hadapan kira-kira 100 orang ahli Persatuan Pencinta Tulisan Jawi Malaysia
(PENJAWIM) dan para akademik, Yang DiPertua PENJAWIM , Dato' Mohd. Mokhtar Shafii menyatakan bahawa tulisan jawi adalah warisan budaya Melayu yang amat tinggi nilainya dan sesetengah ilmu mengenai alam Melayu tidak dapat diteroka secara mendalam tanpa menguasai tulisan jawi.

Pelbagai saranan, idea dan penyelesaian telah dikemuka dan dibincang ketika majlis dialog dengan Dato' Mahadzir. Beliau mencadangkan pemartabatan tulisan jawi dimulakan pada peringkat akademik dan kelab-kelab pencinta jawi di sekolah. Dato' Mahadzir mengingatkan para peserta agar penganjuran seminar ini perlu disusuli dengan usaha berterusan untuk memertabatkan jawi.

Beliau juga menyarankan UM meletakkan nama-nama jalan dalam kampus secara dwitulisan , iaitu rumi dan jawi.

Bagi penulis , tulisan jawi relevan pada masa lalu. Tulisan jawi masih sesuai pada zaman ini dan berpotensi berkembang pada masa akan datang.

Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), umpamanya telah mencipta sejarah apabila berjaya mencipta laman web jawi digital yang menggabungkan warna , bunyi dan grafik , serta boleh dilayari dengan mengunjung http://www. jawinet.8k.com/. MIMOS pula mencipta system COMIL yang sedang digunakan oleh 45 buah sekolah di seluruh Malaysia.

Inilah buktinya tulisan jawi masih lagi relevan dan akan diperkasakan oleh pencinta-pencinta jawi dalam era dunia tanpa sempadan ini.

Tulisan Jepun dan Korea yang begitu sukar dan mempunyai pelbagai karekter pun mampu dikuasai oleh pelajar kerana ia mempunyai nilai ekonomi yang mantap. Walaupun sukar, tulisan-tulisan ini telah dipelajari bagi kesejahteraan diri.

Pencinta jawi harus bersikap proaktif supaya tulisan jawi mempunyai nilai ekonomi yang tinggi , digilap oleh para cendikiawan dan disinari serta diberi imej baru oleh tokoh-tokoh berjaya dalam masyarakat.

Tuanku Pro-Canselor , DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Nazrin Shah ketika bertitah di bahagian 2 Konvokesyen UM pada 8 Ogos 1998 menyatakan bahawa, "Universiti merupakan lambang untuk menerajui soal-soal berkaitan latihan dan pendidikan sama ada dalam bidang-bidang sosial dan budaya serta pembangunan ekonomi. Ia juga merupakan pusat peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran serta pencetus idea-idea baru."

Sejajar dengan titah baginda , penulis berpendapat Asas Jawi patut dimasukkan dalam kursus kokurikulum Universiti. Mungkin kursus ini akan menjadi popular di kalangan pelajar pelbagai fakulti.

Dato' Mahadzir menyatakan bahawa iklan Coca-Cola yang begitu besar di Kelantan dipaparkan dalam tulisan jawi. Penulis berpendapat ia mengandungi maksud tersirat dan tidak harus dipandang ringan kerana warisan budaya Melayu ini telah mendapat pengiktirafan syarikat gergasi bertaraf global.

Cuma pertanyaan penulis, adakah kita perlu menunggu pihak asing memartabatkan tulisan jawi baru kita berasa bangga dengan khazanah ini untuk menggunakannya secara meluas ?


* Tulisan ini telah disiarkan dalam BUDIMAN Mei / Jun 2000



.....



Pendahuluan 1.1 Tujuan dan kepentingan kajian ini

Bahasa Malaysia sedang berkembang dan tulisan ruminya telah maja sehingga tulisan ini digunakan secara berleluasa sebagai alat kebudayaan barat.

Tulisan rumi ini boleh disebut sebagai unsur asing yang juga boleh dianggap perintis dalam bidang bahasa tetapi hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah memperkembangkan
warisan sendiri pun sangat perlu dititikberatkan warisan ini tidak lain daripada tulisan Jawi bahasa Malaysia usaha menyelidiki tulisan Jawi ini ada beberapa tujuan atau kepentingan.


1.1.1 Penimbaan bahan-bahan lama yang sangat berguna bagi sasterawan dan cendekiawan

Jika kita ingin menyelidiki kesusateraan kebudayaan masyarakat Melayu dan sebagainya, maka kita mesti berbalik kepada bahan rujukan atau manuskrip lama kerana tidak ada lagi bahan yang masih tinggal dalam tulisan pelawan atau bagi yang telah digunakan dalam masyarakat Melayu sebelum tulisan Jawi itu digunakan sejarah Merayu bermula bersama-sama dengan tulisan Jawi orang yang mau menyelidiki unsur Melayu terpaksa mengkaji bahan-bahan yang bertulis dalam tulisan Jawi tetapi diantara bahan lama yang berkenaan dengan bermacam-macam bidang itu banyak yang belum dirumikan dan digunakan.Justeru, kerana tulisan rumi kuno sedikit banyak mengenalpastikan posisi tulisan Jawi ini sekarang.


1.1.2 Pewarisan tulisan Jawi kepada generasi akan datang

Batu bersurat Terengganu yang dianggap sebagai bahan yang bertarikh lebih kurang 1303 masihi menunjukkan bahawa sejarah tulisan Jawi telah hampir tujuh ratus tahun lamanya (Lihat harun amin arsyad 1966:13).

Selama 200 tahun ia sudah dengan berkembang selaras dengan berkembangnya agama Islam.
Tetapi setelah orang Eropah masuk ke Tanah Melayu pada tahun 1511, tulisan Jawi dikebelakangkan sehingga sama-sama menggunakan tulisan Rumi. Akhirnya tulisan Jawi telah hilang kedudukannya dalam bidang pendidikan selepas pengisytiharan Akta Bahasa Kebangsaan pada tahun 1963, walaupun akta itu tidak melarang pergunaan tulisan Jawi.(Lihat uang had salah 1982:20).

Akibat pindaan tersebut penggunaan Jawi sedikit demi
sedikit mula merosot hingga tahun 1984. Pada tahun 1985, Kementerian Pelajaran menyedari kepentingan warisan ini telah mewajibkan pelajaran tulisan Jawi ini di sekolah rendah agama memang wajar kita menyelidiki tulisan Jawi ini dan mewariskan kepada generasi yang akan datang.


1.1.3 Tulisan Jawi sebagai ciptaan yang cemerlang.

Di dunia ini, Jawi hanya terdapat dalam masyarakat Melayu sahaja. Walaupun huruf ini berasal daripada bahasa Arab, namun tulisan Jawi ini telah lama diubahsuai hingga sekarang dan boleh disebut unsur Melayu. Pada zaman dahulu tulisan Parsi dan Urdu pun cuba diubah suai daripada tulisan Arab. Hal yang sama berlaku pada tulisan Jawi yang juga dikemaskinikan. Apa yang membimbangkan jika tulisan Jawi ini dimausnahkan maka mutiara diri dunia Melayu ini akan hilang dengan kata lain ciptaan yang cemerlang itu akan hilang dari dunia ini.


.....


Ciri-ciri Sistem Ejaan Jawi Za'ba


Sebelum dibuat kesimpulan tentang peranan Za'ba dalam pembaharuan sistem ejaan Jawi, elok kita tinjau sepintas lalu tentang Daftar Ejaan Melayu itu sendiri. Di antara lain:

(a) Usahanya itu bermula dalam tahun 1918 lagi bila beliau mengumpulkan perkataan-perkataan Melayu dalam tulisan Jawi sahaja;

(b) Sumber perkataan-perkataan itu ialah daftar ejaan Rumi Kerajaan Negeri Persekutuan yang dikeluarkan oleh sebuah jawatankuasa dalam tahun 1904. Dalam menyusunnya semula menurut abjad Jawi, beliau menambah beberapa banyak perkataan pula.

(c) Sejak itu beberapa kali lagi penyemakan semula dilakukannya.

(d) Dalam tahun 1925, senarai perkataan itu disemak pula oleh guru-guru "Kolej Tanjung Malim" bergilir-gilir, dan ditambah lagi oleh mereka beberapa perkataan lagi. Pada waktu itu, saya percaya, beliau juga mendapat bantuan daripada pelajar-pelajar Maktab. (10)

(e) "Setelah itu," menggunakan kata-katanya sendiri; "terbenamlah lagi Daftar ini beberapa lama kerana menantikan peluang hendak memulakan kerja menjadikan dia kamus betul-betul itu tidak juga dapat-dapatnya". (11)

(f) Dalam tahun 1933 hingga 1935, beliau mengubah rancangan asalnya dengan mengemukakan hanya sebuah daftar ejaan, dan bukannya kamus, yang susunannya ialah menurut susunan abjad Jawi, dan pada setiap perkataan dalam ejaan Jawi itu diberi pula persamaan ejaan Ruminya.

(g) Walau bagaimanapun, beliau menaruh harapan untuk kemudian kelak menjadikannya sebuah kamus dengan tiap-tiap perkataan itu diberi tidak sahaja makna tetapi juga contoh ayat memakainya dan simpulan-simpulan bahasa yang terbit daripadanya, "sebagai membanyak dan menambah elokkan kamus-kamus kita yang sedia ada". (12)

4.2- Demikianlah sekadarnnya latar penyediaan Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi) itu yang siap dalam tahun 1938, iaitu setelah melalui tempoh dua puluh tahun lamanya. Malangnya lagi, hanya kira-kira sepuluh tahun sesudah itu pula baru Daftar itu diterbitkan, iaitu dalam tahun 1949 - selepas 31 tahun projek itu dimulakannya dalam tahun 1918.

4.3- Di dalam buku itu terdapat dua buah bab selepas "Pendahuluan". Bab-bab itu ialah "Pengenalan 'Am" (11 halaman) dan "Kaedah-kaedah Ejaan Jawi" (39 halaman). Kedua-dua bab ini jauh lebih penting daripada daftar ejaan itu sendiri. Daftar itu mensenaraikan perkataan menurut abjad, sedang kedua-dua bab yang dirujukkan tadi memberi huraian tentang rasionel, modus operandi, prinsip-prinsip dan rumusan-rumusan kaedah ejaan Jawi. Demikianlah, jika tidak kerana dua bab itu, tidaklah akan jelas kepada kita bagaimana dan sejauh mana Za'ba memainkan peranannya dalam merumuskan sistem ejaan Jawinya itu.


.....


Originally posted by eyka at 2005-2-25 00:51:

"Tetapi setelah orang Eropa masuk ketanah Melayu pada tahu 1511, tulisan Jawi dikebelakangkan sehingga sama-sama menggunakan tulisan Rumi. Akhirnya tulisan Jawi telah hilang kedudukannya dalam bidang pendidulkan selepas peristiharan akta bahasa kebangsaan pada tahun 1963, walaupun akta itu tidak melarang pergunaan tulisan Jawi.(Lihat uang had salah 1982:20).

Akibat pindakan tersebut penggunaan Jawi sedikit demi sedikit mula merosok hingga tahun 1984. Pada tahun 1985 kementerian pelajaran menyadari kepentingan warisan ini telah mewajibkan pelajaran tulisan Jawi ini disekolah rendah agama memang wajar kita menyelidiki tulisan Jawi ini dan mewariskan kepada generasi yang akan datang."


Sumber
http://malay.cari.com.my/viewthread.php?tid=147435

I baru jumpa info ni..


from miftahuljamilah

salah faham makna peribahasa!



salam..

barangkali ada yang tau..atau masih ramai yang salah faham berkenaan peribahasa ini:
"seperti melepaskan batok di tangga"

selama ini seumur hidup saya,tertanya2 juga kenapa dikiaskan perbuatan melepaskan batuk ditangga?adakah itu menunjukkan perbuatan kita yang sambi lewa atau tidak serius seperti melepaskan batuk ditangga?kalau ye..kenapa harus batuk??:wekapa kaitannya?

macamana dengan anda pulak?:o

sebenarnya kalau apa yang anda faham tentang peribahasa ini sama seperti saya..maka jawapannya salah sama sekali!!
:gigi

sebenarnya..bukanlah maksud batuk itu adalah perbuatan mengeluarkan suara dari kerongkong akibat gangguan ataupun ketidakselesaan,tapi "batok" di dalam konteks ayat ini bermaksud bekas seperti gayung yang bertangkai panjang diperbuat dari tempurung!ianya berasal dari bahasa minangkabau. yang disebut "Betok" tetapi dieja batuk!

sudah menjadi kelaziman masyarakat melayu lama menggunakan batuk di tepi tangga diletakkan bersama tempayan untuk mencuci kaki. Jadi batuk ini tidak diletak atas tangga kerana kotoran yang tertinggal pada tangga akan terkena pada batuk itu.Apabila kotoran terkena batuk dan dicelup pada air tempayan,maka habislah tercemar air itu! oleh kerana itu peribahasa menyamakan perbuatan yang sia-sia seperti melepaskan batuk di tangga.;P

jadi selepas ini harap kita semua tidak keliru lagi dengan peribahasa ini..;P

Melayu memang kaya bahasanya..





Free Signature Generator

Free Signature Generator
Oleh Nasron Sira Rahim


Kajian sains kuantum mendapati makhluk ghaib terbentuk daripada ion positif, alah kepada cahaya.

Filem Ghostbuster yang dihasilkan Hollywood, Amerika Syarikat pada 1984 memberi idea baru mengenai suatu perkara yang tidak pernah terlintas pada minda kebanyakan kita - hantu atau makhluk ghaib mampu dicederakan dan diperangkap dengan peralatan sains dan teknologi.

Ketika kebanyakan pihak diganggu perasaan takut dan seram hanya sekadar membicarakan perihal makhluk ghaib itu, ramai antara kita tidak menyedari bahawa kajian sains dan teknologi menemui beberapa sifat dan ciri kelemahan jin dan hantu.

Berbeza dengan ahli agama, penyelidik cuba memecahkan teka-teki makhluk paranormal itu dengan mencari penjelasan saintifik dengan mengkaji unsur kewujudan hantu dan jin daripada sudut sains. Hasil kajian selama puluhan tahun itu memang tidak diduga kebanyakan kita!

Siapa menyangka fiksyen sains dan dongeng seperti drakula terbakar apabila terkena sinaran matahari, hantu tidak muncul pada siang hari selain boleh ditangkap dan dicederakan menggunakan peralatan teknologi seperti filem Ghostbuster; semuanya berasas.

Malah, beberapa kepercayaan yang dianggap khurafat dalam masyarakat kita seperti meletakkan gunting besi berhampiran mayat atau menggantung cermin di hadapan pintu sebenarnya terbukti benar mengikut sains untuk menghindari gangguan hantu atau jin!

Penyelidik yang juga Dekan Fakulti Sains Warna Universal, Universiti Perubatan Antarabangsa Sri Langka; Prof Dr Sir Norhisham Wahab, berkata hantu dan jin tidak memiliki unsur jasad menyebabkan mereka tidak dapat dilihat sebaliknya kewujudan mereka terbukti menerusi sains fizik kuantum dan mampu dikesan menggunakan teknologi gelombang.

"Hantu dan jin wujud secara tidak nyata kerana tidak terikat kepada jisim, graviti bumi serta bebas daripada ikatan karbon, molekul dan zarah. Berbeza dengan manusia yang terbentuk daripada partikel halus atom atau unsur yang menyusun semua benda.

Hantu dan jin bagaimanapun termasuk dalam ghaib nisbi dan boleh diukur menggunakan gelombang bunyi dan gema," katanya yang menjalankan kajian dalam bidang itu selama sembilan tahun.

Katanya, apabila kajian sudah memahami bagaimana unsur hantu dan jin daripada sudut fizik, usaha terpenting iaitu membantu manusia menghindari gangguan jin dan makhluk ghaib dapat dilakukan menerusi penciptaan penawar dan kaedah pemulihan menggunakan teknologi.

Dr Norhisham berkata, berikutan jin dan hantu terdiri daripada unsur gelombang, mereka dapat menguasai ruang dan masa di dalam tubuh manusia yang mampu memberi impak negatif terhadap kesihatan sehingga ke tahap kerohanian.

Malah, badan manusia yang memerangkap gelombang 'tidak sihat' mampu memberikan kesan terhadap 'animasi kehidupan' seseorang iaitu kesan negatif terhadap jiwa seperti mengalami kelesuan kronik, hilang interaksi pada deria kehidupan, malah cenderung mencederakan diri sehingga membunuh diri.

Kesan pada sistem tubuh secara fizikal pula boleh merosakkan organ dalaman tetapi punca keracunan dalam darah atau sebarang bentuk aktiviti kuman tidak dapat dikesan kerana ia terselindung di sebalik gas beracun.

"Apabila keadaan ini berlaku, pesakit pergi membuat pemeriksaan doktor tetapi doktor mengesahkan tiada kuman atau bakteria yang menyebabkan kecederaan dan pesakit adalah normal. Tetapi pesakit berasa sakit, ini adalah antara tanda gangguan jin," katanya yang mengusahakan kaedah rawatan menerusi syarikat Colour Vibration Therapy (CVT).

Beliau berkata, bagi merawat gangguan jin dan hantu, kaedah pemulihannya adalah dengan mengambil kembali ruang dan masa pada tubuh atau organ manusia yang diresap jin atau hantu.

Suatu gelombang infrasonik berfrekuensi amat rendah namun lebih kuat dirakam secara tetap dan berterusan, dipancarkan sehingga mengganggu gelombang hantu yang sudah meresap ke suatu bahagian; apabila hantu itu berasa tidak selesa, mereka akan keluar dengan sendirinya dan pesakit kembali pulih.

"Bagi saya gangguan hantu tidak berbahaya jika dapat dirawat pada peringkat awal. Amalan bacaan surah Yasin pula akan mengaktifkan reaksi kimia di dalam darah dan ini didapati memberi tekanan kepada hantu yang tidak dapat bertahan apabila peningkatan oksigen di dalam aliran darah sebagai tenaga murni dan suci, berlaku.

Walaupun pada peringkat awal rasukan, tubuh pesakit seperti menjadi medan pertempuran untuk mengusir hantu yang menyelinap ke dalam ruang tubuh tersembunyi, namun akhirnya keadaan akan kembali seperti asal.

Sebaiknya untuk merawat rasukan, hanya sapukan air sejuk atau ais yang akan memberi keseimbangan semula melalui rakaman gelombang infrasonik yang bersamaan dengan frekuensi doa yang ikhlas. Ia sudah cukup untuk mengeluarkan gelombang hantu serta mengembalikan ruang dan masa pada tubuh mangsa," katanya.

Katanya, berbanding rasukan atau gangguan hantu, perkara lebih bahaya adalah sihir yang mampu menyebabkan kematian dengan izin Allah, isteri membenci suami secara tiba-tiba, gangguan terhadap kesihatan fizikal dan menyebabkan pasangan tidak mendapat anak.

Dalam kes pasangan tidak mendapat anak akibat sihir, beliau berkata, ruang dan masa pada rahim isteri sudah dikuasai jin yang akan memakan benih suami atau isteri. Pihaknya akan memasukkan gelombang berfrekuensi rendah yang bersamaan frekuensi ovum dan sperma, secara berterusan untuk menghalau gelombang jin daripada rahim isteri.

"Banyak kes rawatan yang saya jalankan menemui pelbagai benda asing pelik seperti habuk kayu, kala jengking dan permata terkeluar secara ghaib apabila gelombang dimasukkan ke dalam badan mangsa malah ketumbuhan yang terjadi pada organ juga ghaib apabila gelombang berfrekuensi rendah dirakamkan ke dalam air mandiannya," katanya.

Usaha memancarkan gelombang bagi merawat gangguan makhluk halus juga sebenarnya tidaklah sesukar seperti kita bayangkan, tidak perlu peralatan menyerupai senjata, mesin yang besar sebaliknya gelombang boleh diperangkap dalam medium seperti air dan unsur sesuai.

"Kami menciptakan alat radionik iaitu teknologi merakamkan 99 frekuensi gelombang berdasarkan 99 getaran tenaga atom di dalam sukros dan pesakit hanya perlu memakan pil itu secara berterusan untuk memancarkan gelombang ke dalam badan," katanya.

Sesuatu yang menarik adalah teori drakula akan terbakar jika didedahkan kepada matahari adalah benar. Hantu adalah gelombang tidak seimbang manakala cahaya matahari berfungsi menyeimbangkan gelombang alam. Apabila gelombang tidak seimbang terdedah kepada matahari, ia akan musnah menjadi seimbang dan hantu itu akan terbakar.

"Besi pula mampu memerangkap gelombang buruk dan hantu tidak menyukai medan elektrik, jadi konsep hantu ditembak dengan elektrik untuk dicederakan dan disimpan dalam kotak besi seperti filem Ghostbuster adalah benar.

"Begitu juga amalan meletakkan gunting besi berhampiran mayat kerana besi mampu memerangkap atau menarik muatan elektrik bercas positif yang terhasil apabila seseorang itu meninggal dunia.

"Cermin pula mampu menyerap cahaya termasuk gelombang elektromagnetik yang mempunyai kesan radiasi yang mencemarkan. Keadaan ini akan menghindarkan hantu dan jin yang gemar menimbulkan perkara yang tidak diingini. Perkara seperti ini bukan kurafat tetapi kita perlu memahami konsepnya," katanya.

Suatu fakta ironi adalah kebanyakan manusia takutkan hantu walaupun hakikatnya, hantu juga takut berhadapan dengan manusia kerana penglihatan manusia memiliki foton cahaya yang cenderung mengeluarkan atau menderma elektron untuk membentuk ion positif.

"Hantu juga terbentuk daripada ion positif dan apabila ion positif bertemu dengan ion positif dalam kesatuan tenaga elektrik, ia mampu mencederakan atau menghindarkan mereka," katanya.



FAKTA: Hantu dan jin


Daripada sudut sains, hantu atau jin alah kepada cecair gas nitrogen, ais, garam mentah, oksigen, cahaya, karbon dioksida, frekuensi kurang satu Hertz dan wangian.

Daripada sudut sains juga, hantu gemar kepada cuka, cendawan, bahan yang cepat busuk, bahan yang tinggi kandungan serat, gas beracun, bahan yang cepat teroksida (bertindak balas dengan oksigen), tinggi kandungan natrium, busuk dan najis.

Zikir memiliki gelombang tetap dan apabila diamalkan secara berterusan, gelombang zikir akan menguasai ruang kosong pada tubuh manusia dan menjadikannya 'pejal' menyebabkan tiada lagi ruang untuk dimasuki gelombang asing seperti hantu atau jin.



http://sue100977.multiply.com/journal/item/104






Free Signature Generator

Free Signature Generator
Comments: (0)
Comments: (0)
Selamat Hari Raya!!! masi ada mood raya lagi ni..lagipun raya kan sebulan..walaupun i x buat open house bt kali ke2, rumah orang lain masi terbuka kan..hehe

Mb xda pics raya untuk blog ni thn ni..x sempat amik la..bz tul..xda masa untuk pegang dgcam..pki camera hp pun pyh sangat..

Pa2pun, tym merehatkan diri sebentar sblm sambung balik bt esaimen ni, i tjumpa la 1 laman web ni..pa yg menarik perhatian psl blog ni ada Ejawi..buat my coursemates, i hope benda ni berguna untuk kmurg. Kita kan belajar jawi sem ni..hehe..klo rajin p la laman web ni k..


Klo malas p laman web, di bawah ni ada Ejawi Quick Converter. Taip la pa2 perkataan yg kmurg mo..pas2 2kar la p tulisan Jawi. Jangan kmurg taip perkataan bukan2 da la..So, silalah cuba..






P/s: Buat classmates, jgn lupa bw kuih raya ah..hihi









Free Signature Generator


Free Signature Generator