TUKANG GUNTING YANG AMAT MENYERAMKAN
Ada
sebuah kisah di mana terdapat sebuah kedai gunting rambut yang mana
pemiliknya melakukan perbuatan cubaan mencederakan pelanggannya sehingga
mati.
Tetapi bagi mereka yang menjawap “Ya”
dan menganggap si tukang gunting rambut bergurau akan menerima nasib
malang. Sesudah disiapkan di atas kerusi gunting rambut, dipakaikan kain
alas untuk mengelakkan rambut jatuh di atas baju, si tukang gunting
akan menyuntikkan ubat Anesthesia secara rahsia kepada mangsa. Ubat ini
akan menyebabkan mangsa menjadi kebas/lumpuh dan tidak merasa sebarang
kesakitan. Tukang gunting akan perlahan-lahan menghiris bahagian atas
kepala mangsa hingga menampakkan otak.
Mangsa yang tidak boleh bergerak tidak
akan merasa apa-apa.Tidah boleh menjerit dan hanya mampu melihat di
cermin dirinya diseksa oleh tukang gunting yang kejam itu. Mangsa juga
boleh mendengar dengan jelas bunyi hirisan pisau di kepalanya dan bunyi
tukang gunting rambut mengoyakkan lapisan kulit kepalanya dengan
perlahan-lahan dan ia kedengaran seperti mengoyak kain.
Sehinggalah sebahagian daripada
tengkorak sudah dipotong dan menampakkan otak, barulah kesan Anesthesia
tadi beransur-ansur hilang. Dan kesakitan akan mula terasa.
Pada saat itu tukang gunting akan merentap otak mangsa dengan kuat dan mangsa akan mati dalam kesakitan yang amat sangat.
Tukang gunting rambut biasanya akan mengambil gambar mangsa sebagai kenang-kenangan.
Sumber : www.kurakura.my
P/s: Xtau la betul ka x..tp seram la jg bila bc..mesti terbayang2 bila mo p gunting rambut nnt..huhu
0 comments:
Post a Comment