Sy sekarang ni dalam mode berangan-angan..sampai kena bawa p gym pun xmo..(sebenarnya lupa ba..hehe). Almaklumlah..tym study dulu kurang masa untuk berangan jauh2. Jadi, sepanjang menunggu khabar posting ni, sepanjang tu la masa sy utk berangan.
Tajuk angan2 sy hari ni - Kenderaan Yang Ingin Dimiliki Tahun Depan. Syarat2 kenderaan tu mestilah mampu ditanggung ansuran bulanannya, menepati citarasa & boleh digunakan untuk ulang alik p sekolah.Calon-calonnya kenderaan tersebut ialah ~jeng..jeng..jeng~:
PROTON INSPIRA
Dalam banyak2 keta proton, ni la keta yg membuatkan sy berangan2 sampai ke hari ini. Keta ni memang superb la. Tapi harga pun superb juga. Luar dalam cantik. Buat i tergiur ja..Tym p survey pun, cam rasa mo test driving & terus bawa lari ja..hehe
VOLVO S60
Huh..kesedapan membawa Volvo x payah disangkal lagi. Keta Volvo la keta paling stabil yg sy pernah bawa. Pastu pernah langgar divider tapi x kemik langsung! Yang tu model lama tu..masi segi empat lagi rupa dia. Gambar di atas tu pula Volvo S60 2005. Klo ikut ati, mo juga Volvo Edward Cullen dalam Twilight tu..tapi ntah berapa la harga dia. Ada juga Volvo S60 yang baharu, 2010 punya. Nama dia Volvo S60 Concept.
Yang ni x payah la gatal mulut mo tanya harga dia. Kompom x terbeli punya. Kita cuci mata sama2 je la ye..
4WD
Pada mulanya, sy sememangnya peminat keta 4wd. Tapi bila da nampak keta sedan yang meruntun hati ~cewah~, keta 4wd jatuh di tempat entah ke berapa. Tapi sy masi suka keta jenis ni. Kalau la sy ditempatkan di sekolah P1, P2 atau P3 (P tu pedalaman ye..), terpaksa la sy menguburkan impian utk memiliki keta sedan & berpaling semula pada 4wd. Ramai yg suruh sy amik Double Cab, ntah la napa..bkin angkat getah sikarap kali. Tapi sy x kisah. Yg penting tahan lasak untuk dibawa bersama mandi lumpur.
Keta gini pun boleh juga. Tapi maaf la ye. Sy x dpt menumpangkan org len sebab ada 2 seats ja. 1 utk sy & 1 utk brg2 sy. Percayalah, walaupun ada bahagian belakang utk letak barang, tempat tu x muat utk meletakkan barang2 sy.
Kan bagus kalau Hummer tu murah..huhu..ni memang keta idaman sejak sy jadi peminat CSI. Rasanya, keta ni la yg paling bagus utk dibawa meredah hutan belantara, mandi sungai atau lumpur.
P/s: No gaji, no talk..boleh berangan ja..
0 comments:
Post a Comment