Comments: (2)
Napa mo balik rumah tiap2 minggu?

Coz i need my cats..

Bila tengok dorg suma masalah boleh lupa jap..
Stres pun boleh hilang dgn serta-merta..

Suka tengok dorg men & kejar2,
Suka belai bulu dorg,
Suka tengok dorg makan,
Suka tengok dorg tdo,
Suka tdo ngan dorg..
Wujud ketenangan bila ada ngan dorg.

Walau selalu ada benda pecah,
Walau selalu bawa balik hasil tangkapan,
cicak, lipas, belalang, katak, tikus, burung
Walau selalu bertenggek d sinki tym org masak,
Walau selalu selongkar tong sampah,
Walau kadang2 tinggalkan "sisa toksik" dalam rumah,
X pernah ada rasa utk benci dorg.

Ingatan terhadap dorg diabadikan dalam lukisan doraemon
tym buat art therapy td..hehe..
Mo lukis kucing tp x pandai..



Dayzee ttdo coz pening terhidu & terjilat perfume i yg br dia kes pch td..



p/s: sepa jmp kucing xda ekor cam ni d tepi jln, gtau i ye..

















Free Signature Generator

Free Signature Generator
Comments: (0)
2ND MAKEOVER
by Carmel

Theme: Morning Glory
Charge: Free of charge
(jan jeles..hehe)


Dari sisi tepi skit...

Dari sisi atas skit...

Dari sisi bawah skit...










Comments: (0)
Susah sangat ke untuk menghargai?
Tidak perlu sijil penghargaan..
Tidak perlu cek besar cam dinding..
Tidak perlu banner untuk tayang di roundabout..
Sekadar menyampaikan rasa tanpa perlu ucapan berjela-jela..
Masa diambil hanya beberapa kelipan mata..
Hanya untuk hati rasa berbunga..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Aihhh..berjela-jela pula menulis..padahal mo tulis benda lain..

Minggu ni minggu ke-3 da d institut..minggu depan minggu ke-4..cepatnya hari berlalu..tapi lagi cepat lagi bagus..x sabar mo kuar dari tempat ni.

Pas minggu ke-4, p praktikum..huhu..praktikum lagi..dengarlah jeritan batinku..X MOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO!!!!

1. Stres
Stres yang melampau. Mo kes siap rph berjela-jela muka surat. Sampai x cukup tdo ooo..Padahal tym da keja nanti boleh buat setengah muka surat ja. Itu x termasuk hal-hal lain yang melibatkan fizikal & emosi.

2. Terlalu penat
Penat tym praktikum ni spesel skit. Da la penat bt rph & bbm, penat dengan kerenah murid, tambah penat lagi bila kena suruh buat kerja yang sepatutnya x menjadi tugas / beban tym praktikum.

2. Selalu sakit.
Migrain. Sakit kepala. Batuk & selsema. Demam. Badan rasa lemah.
Tym praktikum ni, ada kemungkinan sakit selama 3 bulan. Pas praktikum baru baik. Praktikum ni juga x mengenal belas kasihan & menghapuskan perikemanusiaan dalam diri manusia. Sama ada sakit ka x, rph kna siap, bbm kna ada & mesti la masuk kelas. Jarang ada orang yang memahami orang yang sakit tym praktikum ni. Begitu la penangan praktikum nih.

3. Kuat tdo
Stres + penat + sakit = kuat tdo.


Cam x sanggup da mo praktikum lagi. Jiwa menderita raga terseksa.

Oleh itu, hargailah masa yang tinggal 1 minggu ja lagi ni.



P/s : i'm not born to be a teacher...














Free Signature Generator

Free Signature Generator
Comments: (0)
Sejak akhir-akhir ni, isu penggunaan 'Allah' semakin hari semakin panas. Siap men bakar2 lagi. Terkejut i tym mula2 dengar berita ni. Sudah hilangkah sifat toleransi kaum & agama di Malaysia ni? Apa sudah jadi dengan semangat 1 Malaysia yang sering diwara-warakan itu? Kenapa huru-hara & bencana yang dipilih? Apakah bosan dengan keamanan yang dikecapi selama ini?

Masing2 ternyata punya pendapat sendiri. Walau apa pun pendapat itu, janganlah dizahirkan dengan tindakan yang x sepatutnya dilakukan. Islam x pernah menyuruh umatnya untuk mengambil tindakan semberono, membakar tempat ibadat agama lain. Perbuatan ini hanya akan menjatuhkan imej Islam. Sewaktu sebuah masjid dibakar di London suatu ketika dahulu, apakah perasaan kita sebagai umat Islam? Fikirkan tentang itu.

Apa pun, i bukanlah seorang yang layak untuk memperkatakan isu ini dengan lebih mendalam..apatah lagi untuk mengupas & menghuraikannya. I cuma ingin berkongsi suatu penulisan mengenai isu ini. Agak menarik & membuatkan kita berfikir.

..........


Sumber:
http://ikhwanhafiz.blogspot.com/2010/01/allah-siapa-pasung-fikrah-muslim-hasmi.html



Allah :Siapa pasung fikrah muslim? -Hasmi Hashim

Sebagai salah seorang panel forum 'Allah: Siapa Punya?' kelmarin, saya berpendapat bahawa isu kalimah Allah kini tiba di peringkat persoalan sosio-budaya; bukan lagi hanya berlegar kepada persoalan hukum-hakam agama.


Dengan banyaknya surah-surah di dalam Quran, jelas sekali penggunaan nama 'Allah' oleh mingguan Herald tidak bersalahan dengan Islam.

Persoalan sekarang, bukan siapa yang berhak memakai nama 'Allah', tetapi terbau kuat akan wujudnya pihak yang mahu memiliki hak mutlak bagi menafsirkan ayat-ayat al-Quran dalam usaha menguasai doktrin Islam itu sendiri.

Selepas sekian banyak hujah yang dibentang, di hujung forum, Dr Azwira A Aziz (pensyarah kanan Jabatan Pengajian al-Quran dan as-Sunnah, Universiti Kebangsaan Malaysia) dua tiga kali berbisik kepada saya, "mengapa jadi begini?"

Maksud beliau, mengapa dalam hal ini, kedapatan cendekiawan, ahli akademik, ahli teologi bahkan ulama tidak menjadi jernih akal budinya berhubung isu yang dibincangkan.

Kita akui bahawa 'pemegang fakta' bukan bermakna 'pemegang kebenaran'; sama halnya hujah wajar dijawab dengan hujah dan bukannya penglabelan.

Memang, saya tidak punya jawapan ringkas.

Hanya yang dapat dirumuskan bahawa suasana malam itu mengingatkan ungkapan profesor Dr Tariq Ramadan kala memberikan syarahan awam bulan lalu di Kuala Lumpur bahawa ia adalah masalah pemikiran umat. Ia bukannya masalah Islam; apatah lagi masalah Illahi... bukan!

Tidak sekalipun saya cuba menolak Teks; sama ada al-Quran dan hadith, kala mana sekian banyak ayat al-Quran dipetik misalnya daripada surah Ali Imran (64), al-Ankabut (46) bahkan paling jelas, al-Hajj bermula ayat 39 sehingga 46.

Ayat-ayat, kaedah dan disiplin penafsiran juga sempat disentuh Dr Azwira.

Saya kira, pada peringkat ini, adalah keanak-anakan sekali andai ada yang masih membebelkan bahawa umat harus merujuk kepada al-Quran dan hadith (yang diingatkan setiap khutbah Jumaat!) sedangkan memang sudah dilaksanakan seruan itu. Begitu juga rujukan terhadap qias dan ijma' ulama.

Oleh kerana masalah ini adalah masalah umat, masalah pemikiran, tentang faham yang mendasarinya, maka saya dengan tegas sejak dari awal mengajak agar diteliti pengalaman Munshi Abdullah sebagai pengalaman dalam lingkungan sosio-budaya Melayu.

Apakah orang Melayu tidak punya pengalaman sejarah di atas isu serupa?

Apabila nama Munshi dibangkitkan, tuduhan, ejekan dan fitnah terhadap Munshi didendangkan semula. Paling tidak, tuduhan klise bahawa Munshi itu rapat dan terlalu memuja Barat, atau dalam bahasa hari ini dia pasti akan dituduh "agen Barat".

Hubungan baik Munshi dengan sekian ramai orang Inggeris termasuk dengan Stamford Raffles mahupun dengan paderi Kristian yang bernama Thomsen dijadikan alasan untuk menakut-nakutkan Melayu hari ini, seperti mana rasa tidak yakin diri di kalangan masyarakat Melaka kala Munshi masih hidup.

Antara lain, demi muaknya atas tuduhan (labelan) kepadanya, Munshi menuliskan: [D]an banyaklah orang menyatakan pekerjaan itu tiada baik, iaitu merosakkan agama adanya, maka apabila aku mendengar perkataan itu, tunduklah aku sambil keluar air mataku, serta berfikir: 'Dari mana gerangannya datang bencana ini? Terlalu bodoh.'

Tohmah dan fitnah seperti 'paderi Munshi' tidak lain datangnya daripada orang yang dimaksudkan itu. Bukan sahaja bodoh, tetapi penuh pula rasa curiga sebagai lambang tidak ada yakin diri ini.

Islam telah merungkaikannya di bawah makna 'iman' itu sendiri.

Membayangkan masalah sedemikian, Munshi menulis: [M]aka beberapa kali sudah aku ingatkan akan mereka itu serta memberitahu akan mereka itu, bahawa sekali-kali tiada Inggeris itu hendak memasukkan seseorang ke dalam agamanya kalau yang empunya diri tiada suka.

Kebimbangan segelintir Muslim andai nama Allah itu disalahguna pihak bukan Islam bukan alasan bagi Muslim tidak memberikan hak dan keadilan kepada yang bukan Islam.

Bahkan Allah SWT jua mengingatkan bahawa Dia jualah yang berkuasa membinasakan kaum-kaum yang berdusta dan melakukan kerosakan seperti kaum Nabi Nuh dan 'Aad, kaum Nabi Salih (Thamud), kaum Nabi Ibrahim, kaum Nabi Lut, kaum Nabi Musa dan penduduk Madyan.

Faktanya, Munshi meninggal dunia (di Jeddah pada 1854) sebagai seorang Muslim; pegangan agamanya tidak pernah goyang dan calar sepanjang beliau melakukan kerja terjemahan Injil, bahkan sepanjang hayatnya.

Begitu juga Thomsen. Dia juga orang alim bagi agamanya. Kealiman dan ketaatannya kepada Kristian sehingga menyebabkan beliau takut untuk menukar barang sepatah pun perkataan di dalam Injil. Dia mahukan Munshi menterjemah sepatah demi sepatah.

Munshi tidak bersetuju. Bagi Munshi, jalan bahasa Melayu berbeza dengan jalan bahasa Inggeris. Andai terjemahan secara literal (harfiah) seperti yang dimahukan oleh Thomsen, akan mengakibatkan maksud asal Injil akan tergelincir.

Contohnya diberikan Munshi sendiri pada halaman 201, ayat 28 dalam edisi 'kitab Injil Tuan Thomsen'. Ayatnya berbunyi: Maka tatkala itu Simeon mengangkat anak 'Isa itu pada tangannya lalu memuji Allah.

Menurut Munshi, jalan bahasa Melayu oleh Thomsen itu membayangkan bahawa Nabi Isa seolah-olah mempunyai anak, sedangkan kata Munshi, [M]aka dalam fahamku demikian kerana belum pernah aku mendengar dalam agama Islam, istimewa dalam agama Masehi, akan 'Isa itu kahwin.

Secara tidak langsung, kerja terjemahan Injil, yang kemudiannya dikenali sebagai "Injil Melayu Melaka dan Singapura", telah membuatkan keyakinan Munshi terhadap ajaran Islam semakin jelas.

Apa yang mengecewakannya, bukan kerja terjemahan itu. Munshi kecewa apabila begitu banyak kesalahan yang dilakukan oleh Thomsen, yang tidak mahu mendengar nasihatnya sebagai guru.

Di pihak Thomsen pula, beliau sangat takut untuk mengubah-ubah letak duduk perkataan daripada Injil versi King James kepada laras bahasa Melayu.

Begitu juga dengan penggunaan nama 'Allah'. Bagi istilah 'tuhan' yang tidak merujuk kepada Tuhan yang disembah, maka telah dihilangkan satu huruf 'lam', menjadi bunyinya 'Alah', sementara bagi maksud Tuhan yang disembah, dikekalkan ejaan alif-lam-lam-ha dengan bunyinya 'Allah'.

Perlu diingatkan bahawa Injil berkenaan dicetak dengan tulisan jawi. Barangkali kalau dilihat seperti mana hari ini, seperti kitab agama di sekolah-sekolah agama Islam negeri Johor. Kitab berkenaan dicetak puluhan kali, dan cetakan pertama di Melaka sebelum di Singapura.

Siapakah yang membeli dan membaca Injil dalam bahasa Melayu itu, kalau tidak kemudiannya dibaca oleh orang Melayu?

Namun, tidak wujud kes yang dapat disahkan bahawa orang Melayu di Melaka atau Singapura, atau Johor, atau Riau (Sumatera) pada zaman itu, misalnya, yang menukar agama mereka kepada seorang Kristian.

Injil Melayu Melaka dan Singapura itu bukanlah Injil yang pertama kali diterjemah ke dalam bahasa Melayu. Di zaman Belanda, iaitu sebelum Inggeris menguasai Melaka, pemerintah Belanda telah mengarahkan seorang pegawai tingginya yang bernama Klinkert untuk menterjemah Injil dalam bahasa Melayu.

Kira-kira 150 tahun Munshi meninggalkan kita. Cendekiawan, ulama bahkan muslim keseluruhannya tidak boleh mengikuti jejak Vatican dalam kes ahli sains Galileo Galilei yang ditangkap, dipenjara dan diseksa hanya kerana orang pandai itu membuktikan bahawa bumi bukan titik tengah cakerawala seperti mana doktrin Kristian.

Hanya selepas seluruhnya hidup Galileo terseksa; selepas 350 tahun kemudiannya, pada 1992 barulah Vatican mengakui kesalahannya dan memohon maaf.

Arakian, darjat umat dan Melayu tidak akan termuliakan dengan fitnah yang diangkat sebagai 'fakta'; samalah bahawa bahasa Melayu tidak akan jadi bahasa yang besar dan agung tanpa kesediaan menerima ilmu luar ke dalam bahasanya; termasuklah pengetahuan daripada kitab-kitab agama lain.

Dalam sekian banyak pertengkaran dan perbezaan, sedar tidak sedar kedua-dua orang alim itu, Munshi dan Thomsen, telah sama-sama memilih istilah 'Allah'. Mereka sama-sama mengakuinya.





Free Signature Generator

Free Signature Generator
Sesuatu yang da lama membelenggu diri tapi x pernah terbuka ati mo tulis di blog. Tapi, pas buat lawatan sosial di blog orang lain, i pun rasa mo tulis benda ni..Lagipun, pa salahnya. This is my personal blog. Kerja i menulis..membaca diharuskan kepada pembaca blog.

Terfikir juga..besanya klo tulis perkataan JEALOUS / ENVY ni mesti orang fikir benda2 pasal kapel, pasal jeles xtau pa tajuk ngan kawan sendiri merujuk kepada komen yg dihantar oleh seseorang pada tahun lepas yg mengatakan i org yg camni..1 tuduhan liar yg sengaja dibuat utk menjatuhkan orang lain. Tapi, memanglah i jeles ngan orang..xkan la mo jeles ngan binatang pula. Tapi, bukan la jeles x tentu pasal. I have my own reason. Jangan la pula ada orang perasan i jeles ngan dia pasni. Perasan ja lebih, padahal xda pun apa2 yg layak utk 'diperasankan'.

.....
.....
.....
.....
.....
..............
..........
......
...
.


I Feel Soooooo Jealous when...

...orang lain sambung study jauh2. At least kuar dari tanah kelahiran sendiri & timba pengalaman di tempat orang. Pa lagi yang belajar di luar negara. Lagi la i jeles. In my opinion, tym belajar ni p la study sejauh mungkin..tym da kerja br balik di tempat sendiri klo mau.

Sakit ati bila orang tanya belajar di mana, asal mana..bila dorang da tau jawapan, i pun da tau respon dorang.

"Rugi la x merasa pengalaman di tempat orang..."
"Aik..xkan la mo memerap sini ja.."
bla..bla...bla...

Respon2 sebegini amat menghantui i & akan menjadi hantu sampai bila2..

Memangla hujan permata di negeri sendiri..tapi pa salahnya mengalami hujan batu & emas di negeri orang..


I Feel Soooooo Jealous when...

...nampak orang lain bebas ke sana ke mari dengan kawan. Suka ati la mo jalan ngan sepa, p mana, balik pukul berapa asalkan x buat sesuatu yg salah. Setakat lepak2, window shopping, jumpa kawan lama di malam hari coz siang masing2 ngan xtvt sendiri i rasa bukan sesuatu yg salah. Jeles juga bila ada kawan2 yg boleh melancong by group sama ada ke luar negeri / daerah. Umur i da awal 20-an. Tengok orang2 lebih muda drpd i rilek ja kuar ngan kawan2. Xda pun kena sound ini itu. Pergi dengan hati berbunga2, balik dengan wajah riang gembira.

I ni...p reunion jauh skit pun susah. Balik pun limited..paling lewat pukul 10. Siap dengan pesanan, ingatan, ugutan, & yang sewaktu dengannya. Paling i benci bila ada tuduhan berdasarkan imaginasi yg i x pernah terfikir pun mo buat, & x dipercayai tp orang lain dipercayai. Orang lain diberi kebenaran tp i x. Orang lain boleh buat tp i x.

Kadang2 rasa mo break da rules. Tapi nanti kena cakap anak derhaka pula. Bila diam hati rasa sakit, jiwa rasa terkongkong. But wat can i do selain memendam rasa & tulis di blog.


I Feel Sooooo Jealous when...

...orang len senang2 ja mo kenalkan bf / gf dorang ngan family. Pastu boleh bercrita ngan family 'bout their personal life & diberikan respon yang baik. Maksud i klo ada salah ditegur secara berhikmah & itu dapat membuatkan seseorang berfikir tanpa sakit ati / terasa. But i sangat tertutup dalam hal ni. Sangat pilih orang utk bercakap hal peribadi walaupun hal kecik. Mb i dihantui perkara2 pahit masa silam.


I Feel Sooooo Jealous when...

...orang lain boleh buat tp i x. Maksud i dari segi bakat & kemahiran. Pa2 ja la kemahiran dalam hidup. Setakat ni i rasa i x berbakat dalam apa pun bidang & xtau i ada kemahiran ka x..


I Feel Sooooo Jealous when...

...orang lain dapat result yang sangat2 baik. Berusaha cam mn pun gitu ja la result i..mb i memang da ditakdirkan dapat result cukup makan-sederhana ja..


When I Feel Sooooo Jealous...

...berfikir. Tenangkan diri. Muhasabah pa yang patut. Tindakan selanjutnya akan dilakukan bila da dapat fikir dengan rasional. Setiap sesuatu mesti ada sebab & hikmah yang tersembunyi.







Free Signature Generator

Free Signature Generator
Comments: (0)
Pagi yg sejuk arini dihangatkan dengan 1 kejadian yg unsangkarable..ni suma pasal gatal tangan mo p klik sana sini. Ceritanya begini....

.....


Buka mata ja nmpk laptop. Besala..dok d asrama ni laptop tu terletak di atas meja nun di hujung kaki katil. Itu fenomena dalam bilik tym x bz. Klo bz laptop tu tdo bersebelahan ngan i. Tapi xla sampai kes selimut laptop tu..my teddy bear lebih layak utk diselimutkan..hehe

Dipendekkan cerita, i take my breakfast sambil menghadap laptop. Tym tulis post ni pun begitu la keadaannya. Masuk fb & cek segala-gala. Pastu i ternampak la 1 iklan bertajuk "JANGAN KLIK DI SINI KALAU TAK NAK WANG". Actually i lupa la ayat dia yg sebenar2nya tp bunyinya cam gni la.

Klo tajuk gni mesti pasal bisnes on9. Pa salahnya baca kan. On the 1st page i've got nothing. Xda info yg i mo tau. Suma cam iklan2 besa. So i isi 1 borang yg ada nama, no.fon, emel & bandar utk ke 2nd page. Mb di situ baru ada info..Penasaran ba..hehe

Pastu i dapat verification no. via email & verify ja la cam besa. Baru ja masuk dalam 2nd page tiba2 kena kol no. fon yg x diketahui. Rupa2nya org dari syrkt bisnes on9 ni. So kmi bersoal jawab la...

Pink = i lerrr
Blue = paci kompeni
Green italic = monolog dalaman..hehe


Q1. Apa sebenarnya syarikat ni buat?
A1. Syarikat ni jual barang2 untuk lelaki & perempuan.
Dalam fikiran i baju, barang2 rumah, kosmetik dsb

Q2. Berapa yuran pendaftaran ahli?
A2. Kena beli barang RM350 utk kali pertama. Kali ke-2, ke-3 & seterusnya x payah byr. Kita boleh jual 1 paket dgn harga RM10 mula tertanya2 da. Xpyh susah2 cari prospek. Syarikat yg akan tolong cari. Sound interesting.

Q3. Da kerja ke / masih belajar?
A3. Masi belajar.

Q4. Di mana?
A4. Di Cannyngau.
i rasa paci ni xtau d mn tu Cannyngau.

Paci kompeni: owh..sy ada seorg ahli yg belajar di Sabah (UIA cawangan). Dia jual ini & dapat ini & bla...bla...bla..

Paci tu cakap lagi, baca la dulu suma yg ada d page tu. Klo berminat / ada sebarang pertanyaan boleh kol dia.

Ok..so i want to read 'bout product & plan pemasaran. Klik plan pemasaran la dulu. Baca punya baca da paam. Sekarang tengok product pl..jeng..jeng..jeng...


TADAAAAAAA...
omg...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Syarikat ini menjual produk minuman utk TENAGA BATIN & VIAGRA utk kaum lelaki & minuman utk KESIHATAN & KESUBURAN utk kaum wanita.

HAHAHAHAHAHA..

Patut la paci tu bersimpang-siur skit tym sesi soal jawab tadi..rupanya dorg jual benda ni pula..


The moral of the story: Jangan klik sebarangan. HAHAHAHAHAHA...


P/s: sepa yg rasa dia x subur & memerlukan benda2 ni suma, kol la paci ni..i da save no. fon dia td..HAHAHAHAHAH












Free Signature Generator

Free Signature Generator
Comments: (0)
Haihhhh..lama da pula x post pa2 d blog nih. Almost 2 weeks tu orang d kedai format ni laptop. Geram juga la..tp mo wat cam mn..

Oleh kerana x sempat wish Happy New Year rite on tym, hari ke-8 ni i mo jg wish Happy New Year 2010..

Azam?? xda kali..mls la mo berazam..biar la org lain ja yg berazam setinggi awan, sedalam lautan..i memang tiap2 tahun x berazam..

Tapi, kata-kata hikmah yg ada dalam diari muslimah ni cukup utk buat i merenung kembali segala-gala pada tahun2 lepas, especially thn 2009..boleh dijadikan kekuatan utk menghadapi tahun 2010 yg nampaknya lebih mencabar drpd tahun2 sebelumnya..


Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia,
sedekahkanlah satu senyuman walau di hatimu tak lagi mampu bertahan,
belajarlah memaafkan walau dirimu terluka,
berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran,
hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dugaan
dan berpeganglah kepada Alah SWT walau Dia tak kelihatan...

Bukti kasih-Nya, kita wujud di dunia pinjaman ini.

Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara
dan yakinlah Tuhan menguji setiap hamba-Nya yang mengakui keimanan kepada-Nya.
Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu,
perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi...
Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani...







Free Signature Generator

Free Signature Generator