Pengenalan
Telinga berdesing atau lebih dikenali sebagai tinnitus adalah keadaan di mana seseorang mendengar bunyi berdesing di dalam kepala dalam keadaan yang tidak ada apa-apa punca bunyi di sekelilingnya .
Bunyi selalunya dikaitkan dengan berdesing tetapi kadang-kadang bunyi mengaum, berdetik atau bunyi degupan jantung juga dikaitkan dengannya. Ia mungkin melibatkan satu atau kedua-dua telinga. Tinnitus mungkin merupakan satu-satunya gejala penyakit yg ada pada seseorang yg menggugat tahap kesihatan seseorang.
1/3 populasi mungkin mengalami masalah tinnitus pada satu ketika dalam hayat mereka. Kualiti hidup boleh terjejas akibat masalah ini. Kadar masalah tinnitus adalah tinggi pada usia 40-70 tahun dan lebih melibatkan kaum lelaki.
Tanda dan Gejala
* Tinnitus adalah gejala penyakit dan bukannya sejenis penyakit.
* Ia boleh melibatkan satu atau kedua-dua telinga.
* Bunyinya boleh dikaitkan dengan mengikut denyutan jantung/ tidak mengikut denyutan jantung.
* Gejala tinnitus ini mungkin sekejap / lama & boleh jadi berterusan / berulang- ulang
* Gejala2 berkaitan:
- kurang pendengaran
- sakit kepala
- pening kepala (vertigo)
Sebab-sebab
Ada beberapa punca tinnitus yang diketahui. Tetapi dalam kebanyakan kes, punca utama gagal dikenal pasti.
Antara punca2 yang dikenal pasti:
- Saluran darah tidak normal.
- Saluran Eustachian yg gagal berfungsi (saluran yg menghubungkan hidung ke telinga tengah utk mengimbangkan tekanan.
- Masalah2 telinga seperti; tahi telinga keras & tersumbat, jangkitan telinga tengah kronik, otosclerosis, presbyacusis (masalah pendengaran disebabkan oleh faktor usia), masalah pendengaran disebabkan bunyi bising.
- Kecederaan kepala.
- Pendedahan telinga kepada bunyi bising yg kuat.
- Ubat-ubatan ( ubat penahan sakit, antibiotik.
- Tumor dalam telinga dalam ( acoustic neuroma.
- Faktor psikologi seperti kemurungan, tertekan & keresahan.
- Tekanan darah tinggi & atherosclerosis.
- Angin ahmar.
- Kekurangan sel darah merah serta buah pinggang yg tidak berfungsi.
Dalam kebanyakan kes, tinnitus adalah disebabkan oleh pengumpulan faktor faktor di atas.
Gejala2 di bawah memerlukan perhatian serius:
- Tinnitus yang berterusan mungkin tanda awal tumor di telinga tengah / otak.
- Tinnitus yang bunyinya seperti denyutan jantung di satu telinga mungkin tanda awal penyakit yang serius.
- Tinnitus yang bertambah teruk ataupun disertai oleh gejala2 lain.
Komplikasi
- Seseorang yang mengalami masalah tinnitus yang teruk mungkin menghadapi masalah pendengaran, kerja & tidur.
- Ada yang menghadapi masalah psikologi yang serius.
Rawatan
Rawatan tinnitus selalunya tidak berkesan sepenuhnya disebabkan punca2 tinnitus tidak dapat difahami sepenuhnya.
Telinga & masalah perubatan lain harus diberikan rawatan sewajarnya dengan ubat / pembedahan.
- Ubat-ubatan
Ubat-ubatan yg didapati berkesan dalam rawatan tinnitus adalah yang ubat yg digunakan utk menghilangkan keresahan, ubat penenang serta ubat yg dapat memperbaiki kualiti tidur.
- "Masking"
- Alat bantu dengar utk sesiapa yang mempunyai masalah pendengaran
- Tinnitus "masker" utk sesiapa yang mempunyai masalah pendengaran / pendengaran normal
- Alat tinnitus; kombinasi alat-alat di atas
*rawatan ini di berikan oleh pakar pemulihan pendengaran (audiologist)
- Pembedahan x dapat membantu menghilangkan tinnitus buat masa ini
Pencegahan
- Bunyi2 yg lembut boleh mengurangkan bunyi yg berkaitan dgn tinnitus. Pesakit boleh mendengar bunyi tersebut utk beberapa jam sehingga terlelap.
- Elakkan mengambil kopi, teh, coklat, cola, alkohol, / produk yg mengandungi kaffein.
- Elakkan merokok.
- Elakkan ubat-ubatan yg menyebabkan tinnitus seperti aspirin / NSAIDs .Aspirin boleh menyebabkan tinnitus bertambah teruk dalam sesetengah orang.
- Elakkan mengambil ubat yang boleh menyebabkan kerosakan pada sistem pendengaran kecuali jika terpaksa atau tidak ada alternatif lain.
- Jangan dedahkan diri kepada bunyi bising
- Tekanan perasaan didapati boleh menyebabkan pertambahan bunyi tinnitus. Oleh itu cuba kawal perasaan anda dan tumpukan perhatian anda daripada memikirkan tentang tinnitus. Cara ini mungkin boleh membantu.
Sumber : http://www.myhealth.gov.my
Free Signature Generator
0 comments:
Post a Comment