Utk entry kali ni, sy ingin bkongsi 2 buah puisi yg xprnh sy kongsi ngan sapa2. Kedua-dua puisi ini sbnrnya sy karang utk dihntr ke pertandingan puisi merdeka peringkat institut thn lps. Malangnya, sy tiada keberanian utk i2. Maklumlah, tiada pengalaman. Mesti la ada kekurangan sana sini. Rasa xlayak pun ada. So, sy letak kat cni ja la puisi ni. Bukan utk diplagiat, tetapi sekadar utk dikongsi bersama.

Sy masih ingat puisi ini sy hasilkan semasa hujan lebat di keningau pada senja 09 Ogos 2007. Tym 2 dtg idea mencurah2 cam hujan. So, sy 2lis ja la. Dan dlm ms yg singkat sy dpt mhasilkan 2 puisi yg x seberapa ini.

Apa itu Merdeka?

Merdeka itu kalimah.
Merdeka itu rasa.
Merdeka itu apa sebenarnya?

Apa itu merdeka?
Merdeka itu apa?
Tidak pernah kita mencari ertinya.

Apa itu merdeka?
Bebas?
Siapa yang merdeka?
Kita?
Layakkah kita merdeka?
Sedarkah kita akan maknanya?

Apa itu merdeka?
50 tahun sudah kita bersamanya.
Pernahkah kita
memerdekakan merdeka?


Tunduk

Daun hijau.
Daun tenang.
Daun damai.

Disapa angin lembut
tariannya mengasyikkan
menguliti daun
berbuai-buai
senyuman terbingkai.

Namun
angin itu
semakin hilang seninya
semakin kabur tarinya
semakin menyerlah taringnya.

Daun yang terleka seketika
semakin sedar sepoi angin berubah arah
menyimpan seribu rahsia tersembunyi
ingin daun gugur ke bumi
tinggal tiada lagi.

Hijau bertukar merah
Tenang mengundang marah
Semarak api kian membara
Kerana rindu damai yang tiada.

Mimpi mungkin igauan
kerana daun tidak akan
menyerah pada angin.
Tidak rela koyak.
Tunduk?
Tidak sama sekali.

Puisi Tunduk ni ada ceritanya yg tersendiri. Pandai2la memahami klo rajin. Klunya berkaitan dengan kemerdekaan la. hehe.. Pa2 pun, selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-51!

0 comments: