Comments: (2)

GYM??? Sebenarnya gym ni x termasuk dalam senarai cara-menghabiskan-masa-tym-cuti. Tapi, oleh kerana dilanda keboringan yg amat & kadang2 disertai dengan stres & burnout ~da abis study pun blh stres & burnout jg ba~, so i p la gym.

Seumur hidup i, ni la 1st tym i masuk gym. Selama ni i lebih suka bersukan di tempat yg terbuka..ala..cam joging d trek la ba. Tapi, untuk badminton, memang la men di tempat yang tertutup kan.

Well, 1st tym masuk memang cam rusa masuk kampung. I xtau fungsi alat2 gym kecuali treadmill, yg cam basikal tu & alat2 untuk angkat berat. Nasib bek ada maci i yg baik hati menunjukkan cara2 guna benda2 tu. I ngaku i sangat sampalau tym tu.

Masa i datang, d gym tu ada 3 orang ja. Maci i, my junior at IP, & sorg lelaki yg x dikenali. Mula2 masuk tu terus p men treadmill. Mo warming up la konon. Tu pun rasa cam mo patah pinggang kerana menanggung beban diri sendiri. Pastu men basikal la. Tu pun cam orang tua bongkok 3 yang x larat mengayuh tapi mo paksa diri juga. I buat ni x la lama. 20 minit ja. Pastu i rasa cam kekurangan oksigen. Oleh kerana gym tu berada di 2nd floor, i malas turun & p tingkap ja untuk menyedut seberapa banyak oksigen yang boleh. Tapi cara tu x berkesan sebab i da stat rasa mo muntah & pening2 lalat.

Dalam pening2 lalat & pandangan yg semakin kabur & gelap, i sempat sampai juga d toilet tanpa menjatuhkan diri depan lelaki yg x dikenali tu. Ohhh..sangat x dapat dibayangkan klo jatuh pitam depan dia. Nampak sangat diri tu lemah. Malu ooooo...Dipendekkan cerita, i x jadi pengsan & sambung buat workout pas rehat jap..pas p gym terus p makan roti canai..hehe

Well..tu la pengalaman pertama p gym. Hari ni mo p lagi. Harap2 xda kejadian pitam / pengsan x sedarkan diri selama beberapa jam. Kin malu ja..



~Mo jd da tagap girl..hihi~




2005 & 2006..


Masih ingat lagi..04 Julai 2005 i mendaftar masuk di institut ni. Berdebar2 la juga tym tu. Maklumlah..x kenal sepa2. I mendaftar ngan Puan Maria. Garang tul puan ni. Orang baru mendaftar pun da kena layan garang2. Pastu i x bawa 1 sijil pun kecuali surat tawaran yg i print drpd laman web. Pa lagi..i kena marah lerr. Nasib bek rumah dekat. Senang ja amik. I x bawa sijil sbb suma salinan yg disahkan da bagi tym interviu. So, bt pa lagi dorg mo salinan sijil banyak2 kan.

Itu kenangan di hari pertama menjejakkan kaki di IP. Pastu ada kenangan tym MPPB & banyak lagi la. Banyak sangat aktiviti tym foundation ni. Koir la, berlakon la, kursus la, projek la, kembara merdeka la, buat bendera besar la..banyak lagi la.

Tahun 2006 pula i sangat aktif dalam sukan..olahraga & netball. Tahun ni jg i amik MUET. Tym tu kami sekelas sangat bz dengan program yg i da lupa. Xda study langsung. Tu pasal result lulus cukup2 makan ja.

Program paling santai tahun ni lawatan p Crocker Range Park (CRP). Hoho..pengisian program memang sangat santai. Siang tu ada la taklimat skit & kembara. Malam pula aktiviti star gazing, penceritaan kisah cinta pertama & BBQ. Sepanjang 5 tahun d IP, ni la program under IP yg paling santai & x stress..pastu xda lagi..huhu

Pendidikan Luar pun salah satu program yg best juga. Klo x silap, PL ni program camping pertama untuk kelas kami. Tym ni la kerjasama tu tul2 diterapkan & kekal sampai kami abis study. Makaseh yg x terhingga kepada Jabatan Pendidikan Jasmani kerana berjaya mendidik kami. I tul2 salute pensyarah2 PJ yg ada sama2 kmi tym tu..Ckg Ahman, Ckg Jais & Mdm Annie. Yg i paling i ingat, pensyarah2 ni sudi makan ngan kami. Pa yg kami makan, itu la juga yg dorg makan. Sedap x sedap masakan kami, belakang cerita. Tym camping ni pun, Mdm Annie sempat ajar i masak ikan masak kunyit. Tq Mdm..hehe


MPPB
~Cb cari mn 1 i..hehe~


Koir
~Lagu Kayu Manis (Cinnamon Tree)..hehe~


Berlakon
~Sempena Minggu Bahasa Inggeris. Tajuk : Onion & Garlic..hehe~


KAGUM
~Netball~

Kembara Merdeka

Bendera besar
~Mo ikat di bumbung da ni..~

PL
~My group~

PL
~Ni la pensyarah2 PJ yg sudi makan ngan kmi..~



Someday many years from now
We'll sit beside the candles glow
Exchanging tales about our past
And laughing as the memories flow
And when that distant day arrives
I know it will be understood
That friendship is the key to live
And we were friends and it was good...



2 in 1..
Gembira & sedih..dua rasa dalam satu hati dalam masa yang sama.

Gembira..
sebab akhirnya da abis belajar di insitut ni. 5 tahun setengah bukan masa yang sekejap. Tapi cam berlalu sekelip mata. X sedar masa berlalu.

Sedih..
sebab berpisah ngan kawan2. Terlalu banyak kenangan. Pasni x jumpa macam selalu lagi, x belajar di kelas yg sama, x kerja & buat program sama2, x kasi pening kepala lecturers sama2..banyak lagi la yang x buat sama2 da.

Akan datang..
berada d tempat yang berlainan. Mengajar betul2 da, x men2 cam praktikum lagi.



The years that we've been through together..


2005
~Bersama PISMP Math & PISMK~


2005
~Bersama PISMP Math & PISMK~


2006


2007


2008


2009


2010


~In the sweetness of friendship let there be laughter,
and sharing of pleasures.~



Sebenarnya benda ni lama da. I da jumpa sejak 2008 lagi. Boleh jadi benda ni da ada sebelum tu lagi. Tapi, rasanya ramai yang x tau. Jadi, i mo kongsi pengetahuan ni ngan orang yg x tau. Bagi i, benda ni merupakan sesuatu yang menarik untuk dikongsi. Banyak penerangan yang diberikan. Bacalah & fikir-fikirkanlah..


Hantu dari Sudut Fizik
Oleh Nasron Sira Rahim

Kajian sains kuantum dapati makhluk ghaib terbentuk daripada ion positif, alah kepada cahaya.

FILEM Ghostbuster yang dihasilkan Hollywood, Amerika Syarikat pada 1984 memberi idea baru mengenai suatu perkara yang tidak pernah terlintas pada minda kebanyakan kita – hantu atau makhluk ghaib mampu dicederakan dan diperangkap dengan peralatan sains dan teknologi.

Ketika kebanyakan pihak diganggu perasaan takut dan seram hanya sekadar membicarakan perihal makhluk ghaib itu, ramai antara kita tidak menyedari bahawa kajian sains dan teknologi menemui beberapa sifat dan ciri kelemahan jin dan hantu.

Berbeza dengan ahli agama, penyelidik cuba memecahkan teka-teki makhluk paranormal itu dengan mencari penjelasan saintifik dengan mengkaji unsur kewujudan hantu dan jin daripada sudut sains. Hasil kajian selama puluhan tahun itu memang tidak diduga kebanyakan kita!

Siapa menyangka fiksyen sains dan dongeng seperti drakula terbakar apabila terkena sinaran matahari, hantu tidak muncul pada siang selain boleh ditangkap dan dicederakan menggunakan peralatan teknologi seperti filem Ghostbuster; semuanya berasas.

Malah, beberapa kepercayaan yang dianggap kurafat dalam masyarakat kita seperti meletakkan gunting besi berhampiran mayat atau menggantung cermin di hadapan pintu sebenarnya terbukti benar mengikut sains untuk menghindari gangguan hantu atau jin!

Penyelidik yang juga Dekan Fakulti Sains Warna Universal, Universiti Perubatan Antarabangsa Sri Langka; Prof Dr Sir Norhisham Wahab, berkata hantu dan jin tidak memiliki unsur jasad menyebabkan mereka tidak dapat dilihat sebaliknya kewujudan mereka terbukti menerusi sains fizik kuantum dan mampu dikesan menggunakan teknologi gelombang.

“Hantu dan jin wujud secara tidak nyata kerana tidak terikat kepada jisim, graviti bumi serta bebas daripada ikatan karbon, molekul dan zarah. Berbeza dengan manusia yang terbentuk daripada partikel halus atom atau unsur yang menyusun semua benda.

“Hantu dan jin bagaimanapun termasuk dalam ghaib nisbi dan boleh diukur menggunakan gelombang bunyi dan gema,” katanya yang menjalankan kajian dalam bidang itu selama sembilan tahun.

Katanya, apabila kajian sudah memahami bagaimana unsur hantu dan jin daripada sudut fizik, usaha terpenting iaitu membantu manusia menghindari gangguan jin dan makhluk ghaib dapat dilakukan menerusi penciptaan penawar dan kaedah pemulihan menggunakan teknologi.

Dr Norhisham berkata, berikutan jin dan hantu terdiri daripada unsur gelombang, mereka dapat menguasai ruang dan masa di dalam tubuh manusia yang mampu memberi impak negatif terhadap kesihatan sehingga ke tahap kerohanian.

Malah, badan manusia yang memerangkap gelombang ‘tidak sihat’ mampu memberikan kesan terhadap ‘animasi kehidupan’ seseorang iaitu kesan negatif terhadap jiwa seperti mengalami kelesuan kronik, hilang interaksi pada deria kehidupan, malah cenderung mencederakan diri sehingga membunuh diri.

Kesan pada sistem tubuh secara fizikal pula boleh merosakkan organ dalaman tetapi punca keracunan dalam darah atau sebarang bentuk aktiviti kuman tidak dapat dikesan kerana ia terselindung di sebalik gas beracun.

“Apabila keadaan ini berlaku, pesakit pergi membuat pemeriksaan doktor tetapi doktor mengesahkan tiada kuman atau bakteria yang menyebabkan kecederaan dan pesakit adalah normal. Tetapi pesakit berasa sakit, ini adalah antara tanda gangguan jin,” katanya yang mengusahakan kaedah rawatan menerusi syarikat Colour Vibration Therapy (CVT).

Beliau berkata, bagi merawat gangguan jin dan hantu, kaedah pemulihannya adalah dengan mengambil kembali ruang dan masa pada tubuh atau organ manusia yang diresap jin atau hantu.

Suatu gelombang infrasonik berfrekuensi amat rendah namun lebih kuat dirakam secara tetap dan berterusan, dipancarkan sehingga mengganggu gelombang hantu yang sudah meresap ke suatu bahagian; apabila hantu itu berasa tidak selesa, mereka akan keluar dengan sendirinya dan pesakit kembali pulih.

“Bagi saya gangguan hantu tidak berbahaya jika dapat dirawat pada peringkat awal. Amalan bacaan surah Yasin pula akan mengaktifkan reaksi kimia di dalam darah dan ini didapati memberi tekanan kepada hantu yang tidak dapat bertahan apabila peningkatan oksigen di dalam aliran darah sebagai tenaga murni dan suci, berlaku.

“Walaupun pada peringkat awal rasukan, tubuh pesakit seperti menjadi medan pertempuran untuk mengusir hantu yang menyelinap ke dalam ruang tubuh tersembunyi, namun akhirnya keadaan akan kembali seperti asal.

“Sebaiknya untuk merawat rasukan, hanya sapukan air sejuk atau ais yang akan memberi keseimbangan semula melalui rakaman gelombang infrasonik yang bersamaan dengan frekuensi doa yang ikhlas. Ia sudah cukup untuk mengeluarkan gelombang hantu serta mengembalikan ruang dan masa pada tubuh mangsa,” katanya.

Katanya, berbanding rasukan atau gangguan hantu, perkara lebih bahaya adalah sihir yang mampu menyebabkan kematian dengan izin Allah, isteri membenci suami secara tiba-tiba, gangguan terhadap kesihatan fizikal dan menyebabkan pasangan tidak mendapat anak.

Dalam kes pasangan tidak mendapat anak akibat sihir, beliau berkata, ruang dan masa pada rahim isteri sudah dikuasai jin yang akan memakan benih suami atau isteri. Pihaknya akan memasukkan gelombang berfrekuensi rendah yang bersamaan frekuensi ovum dan sperma, secara berterusan untuk menghalau gelombang jin daripada rahim isteri.

“Banyak kes rawatan yang saya jalankan menemui pelbagai benda asing pelik seperti habuk kayu, kala jengking dan permata terkeluar secara ghaib apabila gelombang dimasukkan ke dalam badan mangsa malah ketumbuhan yang terjadi pada organ juga ghaib apabila gelombang berfrekuensi rendah dirakamkan ke dalam air mandiannya,” katanya.

Usaha memancarkan gelombang bagi merawat gangguan makhluk halus juga sebenarnya tidaklah sesukar seperti kita bayangkan, tidak perlu peralatan menyerupai senjata, mesin yang besar sebaliknya gelombang boleh diperangkap dalam medium seperti air dan unsur sesuai.

“Kami menciptakan alat radionik iaitu teknologi merakamkan 99 frekuensi gelombang berdasarkan 99 getaran tenaga atom di dalam sukros dan pesakit hanya perlu memakan pil itu secara berterusan untuk memancarkan gelombang ke dalam badan,” katanya.

Sesuatu yang menarik adalah teori drakula akan terbakar jika didedahkan kepada matahari adalah benar. Hantu adalah gelombang tidak seimbang, manakala cahaya matahari berfungsi menyeimbangkan gelombang alam. Apabila gelombang tidak seimbang terdedah kepada matahari, ia akan musnah menjadi seimbang dan hantu itu akan terbakar.

“Besi pula mampu memerangkap gelombang buruk dan hantu tidak menyukai medan elektrik, jadi konsep hantu ditembak dengan elektrik untuk dicederakan dan disimpan dalam kotak besi seperti filem Ghostbuster adalah benar.

“Begitu juga amalan meletakkan gunting besi berhampiran mayat kerana besi mampu memerangkap atau menarik muatan elektrik bercas positif yang terhasil apabila seseorang itu meninggal dunia.

“Cermin pula mampu menyerap cahaya termasuk gelombang elektromagnetik yang mempunyai kesan radiasi yang mencemarkan. Keadaan ini akan menghindarkan hantu dan jin yang gemar menimbulkan perkara yang tidak diingini. Perkara seperti ini bukan kurafat tetapi kita perlu memahami konsepnya,” katanya.

Suatu fakta ironi adalah kebanyakan manusia takutkan hantu walaupun hakikatnya, hantu juga takut berhadapan dengan manusia kerana penglihatan manusia memiliki foton cahaya yang cenderung mengeluarkan atau menderma elektron untuk membentuk ion positif.

“Hantu juga terbentuk daripada ion positif dan apabila ion positif bertemu dengan ion positif dalam kesatuan tenaga elektrik, ia mampu mencederakan atau menghindarkan mereka,” katanya.

FAKTA: Hantu dan jin

Daripada sudut sains, hantu atau jin alah kepada cecair gas nitrogen, ais, garam mentah, oksigen, cahaya, karbon dioksida, frekuensi kurang satu Hertz dan wangian.

Daripada sudut sains juga, hantu gemar kepada cuka, cendawan, bahan yang cepat busuk, bahan yang tinggi kandungan serat, gas beracun, bahan yang cepat teroksida (bertindak balas dengan oksigen), tinggi kandungan natrium, busuk dan najis.

Zikir memiliki gelombang tetap dan apabila diamalkan secara berterusan, gelombang zikir akan menguasai ruang kosong pada tubuh manusia dan menjadikannya ‘pejal’ menyebabkan tiada lagi ruang untuk dimasuki gelombang asing seperti hantu atau jin.


Ayu

Comments: (0)
The Rules:
Put your music library on shuffle. For each question, press the next button to get your answer. You must write that song title as the answer to the question, no matter how silly it sounds! Most of the time they seem to work though, strangely enough. Ok, go! When you're done, tag 20 people in this note, and make sure to tag the person who sent you this. The answer to #20 is the Title of your note.

C Carmel yg suruh sy jawab ni..
MySpace


1.If someone says, “Is this okay?” you say
Boogie 2Nite - Booty Luv
MySpace

2. How would you describe yourself?
The Power of Love - Air Supply
MySpace

3. What do you like in a guy/girl?)
Peace of Heaven - Cascada
MySpace

4. How do you feel today?
What Goes Around Comes Around - Justin Timberlake
MySpace

5. What is your life’s purpose?
Piece of Me - Britney Spears
MySpace

6. What's your motto?
What A Wonderful World - Louis Amstrong
MySpace

7. What do your friends think of you?
When I Fall In Love - Celine Dion
MySpace

8. What do you think of your parents?
The Color Of My Love - Siti Nurhaliza
MySpace

9. What do you think about very often?
Going Home - Kenny G
MySpace

10. What is 2 + 2?
Flightless Bird - Iron & Wine
MySpace

11. What do you think of your best friend(s)?
Even The Nights Are Better - Air Supply
MySpace

12. What do you think of the person you like?
Without You - Mariah Carey
MySpace

13. What is your life story?
I Need You - LeAnn Rimes
MySpace

14. What do you want to be when you grow up?
The Day When You Went Away - M2M
MySpace

15. What do you think of when you see the person you like?
When I Need You - Celine Dion
MySpace

16. What will you dance to at your wedding?
Everytime - Britney Spears
MySpace

17. What will they play at your funeral?
A Hero Comes Home - Idina Menzel
MySpace

18. What is your biggest fear?
Pero Me Acuerdo De Ti - Christina Aguilera
MySpace

19. What is your biggest secret?
Gimme More - Britney Spears
MySpace

20. What will you post this as?
Ayu - VE
MySpace