Sesuatu yang da lama membelenggu diri tapi x pernah terbuka ati mo tulis di blog. Tapi, pas buat lawatan sosial di blog orang lain, i pun rasa mo tulis benda ni..Lagipun, pa salahnya. This is my personal blog. Kerja i menulis..membaca diharuskan kepada pembaca blog.

Terfikir juga..besanya klo tulis perkataan JEALOUS / ENVY ni mesti orang fikir benda2 pasal kapel, pasal jeles xtau pa tajuk ngan kawan sendiri merujuk kepada komen yg dihantar oleh seseorang pada tahun lepas yg mengatakan i org yg camni..1 tuduhan liar yg sengaja dibuat utk menjatuhkan orang lain. Tapi, memanglah i jeles ngan orang..xkan la mo jeles ngan binatang pula. Tapi, bukan la jeles x tentu pasal. I have my own reason. Jangan la pula ada orang perasan i jeles ngan dia pasni. Perasan ja lebih, padahal xda pun apa2 yg layak utk 'diperasankan'.

.....
.....
.....
.....
.....
..............
..........
......
...
.


I Feel Soooooo Jealous when...

...orang lain sambung study jauh2. At least kuar dari tanah kelahiran sendiri & timba pengalaman di tempat orang. Pa lagi yang belajar di luar negara. Lagi la i jeles. In my opinion, tym belajar ni p la study sejauh mungkin..tym da kerja br balik di tempat sendiri klo mau.

Sakit ati bila orang tanya belajar di mana, asal mana..bila dorang da tau jawapan, i pun da tau respon dorang.

"Rugi la x merasa pengalaman di tempat orang..."
"Aik..xkan la mo memerap sini ja.."
bla..bla...bla...

Respon2 sebegini amat menghantui i & akan menjadi hantu sampai bila2..

Memangla hujan permata di negeri sendiri..tapi pa salahnya mengalami hujan batu & emas di negeri orang..


I Feel Soooooo Jealous when...

...nampak orang lain bebas ke sana ke mari dengan kawan. Suka ati la mo jalan ngan sepa, p mana, balik pukul berapa asalkan x buat sesuatu yg salah. Setakat lepak2, window shopping, jumpa kawan lama di malam hari coz siang masing2 ngan xtvt sendiri i rasa bukan sesuatu yg salah. Jeles juga bila ada kawan2 yg boleh melancong by group sama ada ke luar negeri / daerah. Umur i da awal 20-an. Tengok orang2 lebih muda drpd i rilek ja kuar ngan kawan2. Xda pun kena sound ini itu. Pergi dengan hati berbunga2, balik dengan wajah riang gembira.

I ni...p reunion jauh skit pun susah. Balik pun limited..paling lewat pukul 10. Siap dengan pesanan, ingatan, ugutan, & yang sewaktu dengannya. Paling i benci bila ada tuduhan berdasarkan imaginasi yg i x pernah terfikir pun mo buat, & x dipercayai tp orang lain dipercayai. Orang lain diberi kebenaran tp i x. Orang lain boleh buat tp i x.

Kadang2 rasa mo break da rules. Tapi nanti kena cakap anak derhaka pula. Bila diam hati rasa sakit, jiwa rasa terkongkong. But wat can i do selain memendam rasa & tulis di blog.


I Feel Sooooo Jealous when...

...orang len senang2 ja mo kenalkan bf / gf dorang ngan family. Pastu boleh bercrita ngan family 'bout their personal life & diberikan respon yang baik. Maksud i klo ada salah ditegur secara berhikmah & itu dapat membuatkan seseorang berfikir tanpa sakit ati / terasa. But i sangat tertutup dalam hal ni. Sangat pilih orang utk bercakap hal peribadi walaupun hal kecik. Mb i dihantui perkara2 pahit masa silam.


I Feel Sooooo Jealous when...

...orang lain boleh buat tp i x. Maksud i dari segi bakat & kemahiran. Pa2 ja la kemahiran dalam hidup. Setakat ni i rasa i x berbakat dalam apa pun bidang & xtau i ada kemahiran ka x..


I Feel Sooooo Jealous when...

...orang lain dapat result yang sangat2 baik. Berusaha cam mn pun gitu ja la result i..mb i memang da ditakdirkan dapat result cukup makan-sederhana ja..


When I Feel Sooooo Jealous...

...berfikir. Tenangkan diri. Muhasabah pa yang patut. Tindakan selanjutnya akan dilakukan bila da dapat fikir dengan rasional. Setiap sesuatu mesti ada sebab & hikmah yang tersembunyi.







Free Signature Generator

Free Signature Generator
Comments: (0)
Pagi yg sejuk arini dihangatkan dengan 1 kejadian yg unsangkarable..ni suma pasal gatal tangan mo p klik sana sini. Ceritanya begini....

.....


Buka mata ja nmpk laptop. Besala..dok d asrama ni laptop tu terletak di atas meja nun di hujung kaki katil. Itu fenomena dalam bilik tym x bz. Klo bz laptop tu tdo bersebelahan ngan i. Tapi xla sampai kes selimut laptop tu..my teddy bear lebih layak utk diselimutkan..hehe

Dipendekkan cerita, i take my breakfast sambil menghadap laptop. Tym tulis post ni pun begitu la keadaannya. Masuk fb & cek segala-gala. Pastu i ternampak la 1 iklan bertajuk "JANGAN KLIK DI SINI KALAU TAK NAK WANG". Actually i lupa la ayat dia yg sebenar2nya tp bunyinya cam gni la.

Klo tajuk gni mesti pasal bisnes on9. Pa salahnya baca kan. On the 1st page i've got nothing. Xda info yg i mo tau. Suma cam iklan2 besa. So i isi 1 borang yg ada nama, no.fon, emel & bandar utk ke 2nd page. Mb di situ baru ada info..Penasaran ba..hehe

Pastu i dapat verification no. via email & verify ja la cam besa. Baru ja masuk dalam 2nd page tiba2 kena kol no. fon yg x diketahui. Rupa2nya org dari syrkt bisnes on9 ni. So kmi bersoal jawab la...

Pink = i lerrr
Blue = paci kompeni
Green italic = monolog dalaman..hehe


Q1. Apa sebenarnya syarikat ni buat?
A1. Syarikat ni jual barang2 untuk lelaki & perempuan.
Dalam fikiran i baju, barang2 rumah, kosmetik dsb

Q2. Berapa yuran pendaftaran ahli?
A2. Kena beli barang RM350 utk kali pertama. Kali ke-2, ke-3 & seterusnya x payah byr. Kita boleh jual 1 paket dgn harga RM10 mula tertanya2 da. Xpyh susah2 cari prospek. Syarikat yg akan tolong cari. Sound interesting.

Q3. Da kerja ke / masih belajar?
A3. Masi belajar.

Q4. Di mana?
A4. Di Cannyngau.
i rasa paci ni xtau d mn tu Cannyngau.

Paci kompeni: owh..sy ada seorg ahli yg belajar di Sabah (UIA cawangan). Dia jual ini & dapat ini & bla...bla...bla..

Paci tu cakap lagi, baca la dulu suma yg ada d page tu. Klo berminat / ada sebarang pertanyaan boleh kol dia.

Ok..so i want to read 'bout product & plan pemasaran. Klik plan pemasaran la dulu. Baca punya baca da paam. Sekarang tengok product pl..jeng..jeng..jeng...


TADAAAAAAA...
omg...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Syarikat ini menjual produk minuman utk TENAGA BATIN & VIAGRA utk kaum lelaki & minuman utk KESIHATAN & KESUBURAN utk kaum wanita.

HAHAHAHAHAHA..

Patut la paci tu bersimpang-siur skit tym sesi soal jawab tadi..rupanya dorg jual benda ni pula..


The moral of the story: Jangan klik sebarangan. HAHAHAHAHAHA...


P/s: sepa yg rasa dia x subur & memerlukan benda2 ni suma, kol la paci ni..i da save no. fon dia td..HAHAHAHAHAH












Free Signature Generator

Free Signature Generator
Comments: (0)
Haihhhh..lama da pula x post pa2 d blog nih. Almost 2 weeks tu orang d kedai format ni laptop. Geram juga la..tp mo wat cam mn..

Oleh kerana x sempat wish Happy New Year rite on tym, hari ke-8 ni i mo jg wish Happy New Year 2010..

Azam?? xda kali..mls la mo berazam..biar la org lain ja yg berazam setinggi awan, sedalam lautan..i memang tiap2 tahun x berazam..

Tapi, kata-kata hikmah yg ada dalam diari muslimah ni cukup utk buat i merenung kembali segala-gala pada tahun2 lepas, especially thn 2009..boleh dijadikan kekuatan utk menghadapi tahun 2010 yg nampaknya lebih mencabar drpd tahun2 sebelumnya..


Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia,
sedekahkanlah satu senyuman walau di hatimu tak lagi mampu bertahan,
belajarlah memaafkan walau dirimu terluka,
berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran,
hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dugaan
dan berpeganglah kepada Alah SWT walau Dia tak kelihatan...

Bukti kasih-Nya, kita wujud di dunia pinjaman ini.

Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara
dan yakinlah Tuhan menguji setiap hamba-Nya yang mengakui keimanan kepada-Nya.
Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu,
perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi...
Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani...







Free Signature Generator

Free Signature Generator
Soooooooo tired..

Dat's wat i feel for today..arini tiba2 ada mood untuk buat kerja2 d luar rumah. I p menebas lalang sampai tertebang pokok pisang emas..kena marah lagi tuh..huhu, cabut2 rumput cam Nobita selalu kena suruh buat, kumpul daun2 kering & bakar, siram2 tanaman, jolok buah langsat malangnya x banyak i dapat walaupun penjolok tu panjang. Maklumlah, comel dari segi ketinggian..last skali potong rumput guna mesin..bukan mesin rumput yg sorong2 tu, tapi yg cam dalam gambar ni..


Huh..satu cabaran

Memang pun satu cabaran..baru i tau cam mana rasa potong rumput guna mesin nih. Selama ni tau tengok & suruh2 orang lain buat ja. Sekali da buat, nah..rasakan.. Mo angkat pun da satu hal..potong lagi satu hal..lum lagi lain-lain hal. Baru i tau napa mesti pakai uniform yang boleh dipercayai, terutamanya but. Kena rumput tu pun da sakit..huhu

Actually, lama da mo cuba buat benda ni. Sekarang baru dapat buat. Panjang berabis da tu rumput. Menyemakkan pemandangan mata yang memandang pemandangan yang dipandang. Mb ada sarang ular da pun coz i jumpa ular tedung hitam jalan2 cari makan di longkang rumah baru2 ni.


Tenaga x sekuat keinginan & semangat..

Huhu..i ngaku i merupakan sorang pompuan yang sememangnya dilahirkan x kuat tapi x bererti lemah. Beban di belakang & di tangan berat tul. Ringan mata memandang padahal mengangkatnya satu kepayahan. Mula2 tu memang la dapat angkat. Tapi bila da on mesin tu, susah da mo angkat & control tangan. Gegaran + bebanan = mengurangkan tenaga & semangat. Bukan lagi terpotong rumput tu, tapi tercabut terus..botak da tanah tu..hehe..nasib baik guna tangsi@tali ja..klo guna mata pisau konfem la banyak kecederaan.


Kesannya..

Cam dalam buku praktikum pula; ada kebaikan & kelemahan. Rasanya positif & negatif la perkataan yang paling sesuai digunakan. Positif : memendekkan rumput atau lebih tepat lagi membotakkan tanah..hehe, dapat menggerakkan otot2 badan, dapat menghilangkan banyak kalori lemak, men'tagap'kan tangan dll. Negatif : sakit badan klo 1st tym buat..huhu


Cadangan..


Pas merasai kepahitan potong rumput nih, i mo buat cadangan la. Perhatian kepada sesiapa yang ingin menguruskan badan & mengurangkan lemak2 di serata tubuh badan terutamanya di bahagian lengan, i cadangkan u all buat la aktiviti yang sangat bermanfaat ni. Aktiviti ni boleh meningkatkan daya tahan & kekuatan otot juga. X pyh susah2 beli mesin exercise gegar2 cam dalam iklan tv tu. Mesin rumput tu pun da boleh buat badan kita bergegar2. X payah juga beli mesin pusing2 untuk area perut & pinggul tu coz secara automatiknya badan kita akan bergerak & berpusing ke kiri & kanan tym potong rumput. Xpyh p gym..buang masa untuk perjalanan & buang duit untuk minyak kenderaan ja. Kasi abis ja ba minyak petrol untuk potong rumput 2. Buat la hari2. Anda akan nampak kesannya tanpa perlu memakan pil pelangsing badan..haha


Yang dikesalkan..

X dapat posing atau amik sebarang gambar candid untuk blog nih. Yala..sekarang ni kan semuanya perlukan pendokumentasian. Tanpa gambar & kertas banyak2 pengalaman seakan x bermakna & kurang dipercayai kesahannya. Cam MQA & MS ISO la. Klo xda nanti korang cakap i tipu..tapi..percaya ja la bahhh..


Harapan..

Dapat buat hari2 selagi mampu..chiayo!!


SALASING...SALASING...SALASING



P/s :

y SALASING???

Actually, i xda penjelasan tepat pasal perkataan ni. Tapi perbuatan memotong rumput guna mesin ni dipanggil SALASING di sini. Mb perkataan ni betul2 ada dalam perbendaharaan kata dalam dialek2 bumiputera Sabah cuma i ja xtau. Tapi teori i buat masa ni berdasarkan pendapat orang lain juga perkataan
SALASING berasal daripada perkataan BI yang di'bahasaDusun'kan. SLASHING => SALASING. Betul ka x? Nanti la i buat kajian klo xda benda da yang mo dikaji.





Free Signature Generator

Free Signature Generator
Comments: (0)
Hairan..Salahkah berdoa?

Dalam beberapa blog, ada dibincangkan mengenai hukum membaca Doa Akhir Tahun & Doa Awal Tahun. Ada yang mengatakan hukum membaca doa ini adalah bid'ah dan mengadakan majlis bacaan doa di masjid juga telah dipersoalkan.

Mengapa mesti mempersoalkan sesuatu yang baik? Lihatlah dari sudut yang positif.


Salahkah berdoa?

Tidak ada salahnya berdoa memohon pengampunan & memohon sesuatu yang lebih baik kerana Allah SWT suka akan hamba-Nya yang meminta kepada-Nya.

"Mintalah anugerah Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT senang diminta oleh hamba-Nya."


Rasulullah SAW sangat menganjurkan berdoa & memperingatkan orang yang enggan berdoa..


Firman Allah SWT
"Berdoalah kepada-Ku, nescaya Aku mengabulkan doamu. Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku (berdoa kepada-Ku) akan masuk ke neraka Jahannam dalam keadaan yang hina."

"Barang siapa yang menginginkan doanya dikabulkan Allah SWT ketika dia berada dalam kesulitan, maka hendaklah dia memperbanyakkan doa tatkala senang."



Berdoalah..

Apa salahnya mengakhiri tahun yang telah dijalani dengan memohon keampunan daripada-Nya..





Berdoalah..

Tidak juga salah apabila memulakan tahun baharu dengan memanjatkan doa kepada-Nya..





Salam Maal Hijrah 1431..





Free Signature Generator

Free Signature Generator