Firman Allah s.w.t. bermaksud:
"Dan jagalah diri kamu daripada berlaku dosa yang membawa kepada bencana fitnah yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim antara kamu secara khusus ( bahkan akan menimpa kamu secara umumnya ) dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaan-Nya."
(Al-Anfal: 25)

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang menaburkan fitnah untuk memesongkan orang-orang mukmin lelaki dan perempuan, kemudian tidak bertaubat , maka akan berolehlah azab neraka Jahannam ( kerana perbuatannya menabur fitnah itu ), dan mereka akan beroleh azab api yang membakar ( kerana mereka tidak bertaubat ).
(Surah Al-Buruj ayat 10)

Malah fitnah terkandung dalam dosa-dosa besar sebagaimana hadis riwayat Bukhari bermaksud:
"Terdapat tujuh dosa besar, iaitu syirik, menderhaka kepada dua orang tua, riba, makan harta anak yatim, membunuh, menuduh orang berzina dan lari dari medan perang.''


Abdullah bin Umar berkata:
"Orang beriman melihat dosa seperti gunung yang menghempapnya. Berbeza dengan orang yang munafik, melihat dosa seperti lalat yang hinggap di hidungnya.''


Sejajar dengan pendapat ulama tasawuf yang mengatakan:

Jangan melihat dosa itu kecil atau besar tetapi lihatlah kepada siapa kita melakukan dosa itu.''

Malah balasannya juga boleh dilihat pada peristiwa yang dilihat oleh Rasulullah SAW sepanjang perjalanan Israk dan Mikraj. Ia satu gambaran bagaimana balasan yang akan diterima mereka yang melakukan dosa-dosa besar. Ertinya setiap kejahatan itu akan dibalas-Nya setimpal dengan dosa yang dilakukan.

Fitnah adalah mengada-adakan & menyebarkan cerita palsu dengan tujuan untuk memusnahkan atau menjatuhkan seseorang. Fitnah selalunya disebarkan melalui lisan atau tulisan. Selain itu, gosip dan fitnah membawa maksud yang serupa.

.....



Menghadapi fitnah tidak semudah yang disangka. Sebaik mana pun kita, selagi manusia mempunyai penyakit lidah dan hati, tetap akan ada fitnah yang timbul.

Sesungguhnya bukan saya yang menjadi mangsa secara langsung dalam fitnah terbaharu ini. Walau bagaimanapun, saya tetap terkena tempiasnya & fitnah ini akan membawa kehancuran kepada saya.

Saya yakin pada ketika ini fitnah ini sedang hangat di pasaran. Cuma tiada yang berani memberitahu atau bertanya kepada saya. Sebabnya??Entah la..mungkin yang mendengar ini tidak mahu saya tersinggung, tidak mahu masuk campur, atau memilih untuk mempercayai fitnah tersebut bulat2 dan ingin membantu dalam menyebarkannya.

Mungkin ada yang akan mengatakan saya bodoh & tolol kerana mempercayai mangsa yang difitnah. Mungkin ada yang akan mengatakan saya goblok kerana dikaburi rasa cinta, kasih dan sayang serta memberikan kepercayaan yang tidak berbelah bahagi kepadanya. Mungkin juga ada yang menghulurkan simpati dan rasa kasihan yang tidak bertempat kerana mempercayai fitnah tersebut tanpa usul periksa.

Kenapa & bagaimana fitnah ini boleh berlaku?Apa puncanya?Siapa yang memberikan idea & bertanggungjawab dalam menyebarkannya?Semua persoalan belum terjawab. Yang pasti fitnah ini sudah jauh tersebar dan sudah ramai yang mengetahui & mendengarnya. Tidak kurang juga yang menjadi ahli fitnah & rakan suhabat. Maka bergembiralah orang yang memulakan fitnah atas kejayaannya.

Kepada orang yang memulakan fitnah, sampaikan salamku kepadanya. Tahniah atas kejayaanmu menyebarkan fitnah dan fitnahmu itu berjaya memburuk-burukkan nama insan yang difitnah. Tahniah juga kerana kamu akan menerima balasan yang setimpal dengan perbuatanmu di dunia & akhirat. Tiada maaf untukmu merupakan penghargaan dariku sehinggalah ketika kebenaran itu muncul & kau mengaku salah & silapmu serta meminta maaf atas perbuatanmu dengan cara bertemu denganku & insan yang telah kau fitnah. Aku memohon kemaafan darimu kerana fitnahmu tidak pernah menggugatku & aku telah menghancurkan harapanmu untuk melihat kami berantakan & porak-peranda. Kepada Allah SWT kami berserah.

Sekiranya fitnah ini merupakan satu kebenaran, tunjukkan buktinya. Berusahalah lagi agar saya mempercayainya. Sesungguhnya usaha itu tangga kejayaan.

Buat masa ini, saya tidak dapat berbuat apa2. Hanya berserah dan mengharapkan kebenaran akan muncul. Sedangkan keluarga Rasulullah SAW pun pernah difitnah apatah lagi kami yang merupakan insan biasa. Sekiranya berminat untuk mengetahui kisah keluarga Rasulullah SAW yang difitnah, klik la di sini.

Semoga fitnah ini tidak berterusan. Ujian ini sesungguhnya amat menguji kami. Doakan kami agar mampu menghadapinya...



2 comments:

_Vu-JiE_ said...

bak kata musa; "jauhkan diri dari orang yg boleh menjatuhkan fitnah ke atas kita."

fayneez said...

Ntah la ujie..fitnah ni tiba2 dtg..x prnh dijangka pun..tup2 ada sdh..mo men jauh2 pun xtau sepa yg stat dl..huhu