Cam lama da x update blog ni..bz tul..& ke'bz'an tu menyebabkan xda idea mo tulis pa2 untuk entry seterusnya..memandangkan arini boleh la dikatakan i bersenang-lenang skit, so ada la idea mo tulis benda2 yang i mo tulis ni..

1st, pasal kejohanan merentas desa peringkat institut yang dikendalikan oleh kelas i..well, penat tu kompom la..tapi lega coz da abis & kurang da benda yang mo buat..mo wat poll ni pasal tu jap lagi..korang jawab k..hehe


bersama AJK Kejohanan Merentas Desa '09


bebelon yang menarik perhatian i..hehe


banner yang x dapat diterbangkan bebelon..cian ni banner..


nasib baik mdm shikin tolong pegang..klo x kompom i terbang..hehe


2nd, i wanna wish 2 orang mahkluk tuhan paling seksi ni sempena birthday dorang yang kebetulannya jatuh pada tarikh yang sama..klo korang kuar pada waktu yang sama, itu memang 1 kebetulan yang amat betul la tu..hehe..HAPPY BELATED BIRTHDAY TO NURUL & VUJIE...


ImageChef.com Poetry Blender



3rd..aritu korang men kentut2 kan..arini men la benda ni pula..kenali personaliti melalui kiraan tarikh lahir..sepa yang blur mengira cam i, minta la pertolongan kalkulator atau rakan2 anda..hehe..

CONTOH KIRAAN DARIPADA TARIKH LAHIR

Contoh Tarikh Lahir
(17.09.2007)

Sikap & Perwatakan (17)
1 + 7
= 8

Visi (17.9.2007)
1 + 7 + 9 + 2 + 0 + 0+ 7
= 26
= 2 + 6
= 8

Sifat Dalaman / Bakat ( hanya jika dipupuk )
= Sikap + Visi = Sifat dalaman
8 + 8 = 16
= 1 + 6
= 7

...........................


DEFINISI RINGKAS


1 - Pemimpin
Layak menjadi seorang pemimpin, namun jika visinya pemimpin tanpa disokong no.5 ( boleh berunding ) akan berasa sedikit gila kuasa.

2 - Lembut
Kita boleh lihat no.2 pada sikapnya yang lembut, namun jika no.2 pada sifat dalaman, dia mudah mengaku kalah dan terlalu lembut tanpa orang lain menyedarinya. Oleh itu, orang yang memiliki no.2 pada sifat lembut harus berusaha menjadi lebih kuat dan pendirian tetap.

3 - Kemas / Cerewet
Cara pengurusannya amat teliti namun ada sesetengah orang yang terlalu cerewet. Visinya yang kemas tanpa disokong no.4 ( rajin ) akan menjadi seperti biasa sahaja.

4 - Rajin
Sikap rajinnya amat terserlah. Visinya yang rajin mampu membuat sebarang kerja atau apa bidang sekalipun & mampu mengeluarkan idea2 bernas yang lain daripada orang lain.

5 - Boleh Berunding
Sikapnya boleh berunding & senang berurusan dengannya, namun dia juga dipengaruhi nombor-nombor lain pada visi & sifat dalaman. Mampu berkomunikasi dengan org lain secara diplomasi.

6 - Angin
Sikapnya seperti angin. Jika kita tiup angin, dia akan pergi, jika kita sedut angin, dia akan datang. Maksudnya, dia tidak tetap pendirian. Sesiapa yang mempunyai no.6 pada visi, dinasihatkan agar duduklah di sebelah orang yang bersifat positif kerana anda mampu menjadi seorang yang hebat daripada orang yang menyokong anda. Jika anda duduk di sebelah orang yang bersifat negatif, maka hancurlah anda.

7 - Patuh
Seorang yang sangat patuh pada sikap. Sekiranya visinya patuh, bererti orang yang bernombor 7 ini mendengar kata2 nasihat orang lain & harus dipraktikkan, namun jika sifat dalamannya patuh, janganlah terlalu menunduk & menyerah kalah.

8 - Berniaga
Orang yang mempunyai nombor ini memang suka berniaga, suka tengok duit & mampu mengembangkan harta. Hati2 jika no.8 jatuh pada sikap kerana semua bisnes dia mahu ceburi tanpa fokus & matlamat untuk menjayakan sesuatu. Visi 8 mampu bekerja keras dalam berniaga & itulah kerjaya sebenar. Yang paling baik sekiranya sifat dalaman no 8 ( jarang orang ketahui ) bahawa dia mempunyai bakat dalam perniagaan.

9 - Glamour
Glamour di sini bermaksud berani menonjol diri, pandai berkomunikasi & pandai bergaya. Visi glamour mampu & berani menceburi bidang2 seperti penyiaran, penyanyi, peguam, dsb. Jika sifat dalaman bernombor 9, jangan la terlalu branded style jika tidak disokong sikap & visi yang tertentu.


Selamat mengira...

1 comments:

_Vu-JiE_ said...

waa tenkiu2~
hehe.