"CINTA MONYET TAK JAMIN KEBAHAGIAAN"

LONDON: Cinta pertama diakui asyik dan intim tetapi satu penyelidikan baru mendapati jika mahu menemui kebahagiaan pada kemudian hari, lebih baik mengelak daripada dilamun cinta monyet sama sekali.

Dakwaan itu terkandung dalam buku bertajuk Changing Relationships, koleksi kertas penyelidikan baru oleh pakar sosiologi terkemuka Britain yang disunting pegawai penyelidik di institut bagi Penyelidikan Sosial dan Ekonomi di Universiti Essex, Malcolm Brynin.

Brynin mendapati, kegembiraan cinta pertama boleh merosakkan hubungan masa depan.

"Menakjubkan, nampaknya rahsia mencapai kegembiraan dalam hubungan ialah dengan mengelak daripada cinta pertama terlalu asyik," kata Brynin.

Ketika menyelidik komponen bagi hubungan cinta jangka panjang yang berjaya, Brynin mendapati keasyikan cinta pertama boleh menetapkan tanda aras tidak realistik.

"Jika anda berada dalam cinta pertama penuh keasyikan dan membenarkan perasaan itu menjadi tanda aras hubungan yang dinamik, kemudian ia sudah tidak boleh dielakkan, menjadikan hubungan cinta masa depan yang lebih dewasa membosankan dan mengecewakan," katanya.

Orang dewasa dalam hubungan cinta jangka panjang yang berjaya adalah mereka yang bersabar dan mengambil pandangan pragmatik mengenai apa yang diperlukan daripada satu perhubungan.

Katanya, masalah bermula apabila seseorang itu bukan saja cuba mendapatkan apa yang diperlukan bagi hubungan lebih matang tetapi juga berusaha mengekalkan keseronokan dan keasyikan yang diperoleh dalam cinta monyet.

"Kesimpulannya jelas: jika anda dapat melindungi diri daripada keasyikan dalam hubungan pertama, anda akan lebih bahagia dalam cinta seterusnya," kata Brynin.

Pandangan Brynin disokong oleh pensyarah psikologi sosial di Universiti Central Lancashire, Dr Gayle Brewer, yang berkata: "Jika anda menilai hubungan dewasa berbanding cinta monyet, anda menggunakan tanda aras tunggal iaitu keasyikan dan keintiman tidak realistik. � Agensi

Sumber http://www.bharian.com.my

.........


Cinta monyet merupakan satu fenomena yang biasa pada hari ini ( cam buat esei pula..hehe ). Tapi ianya merupakan suatu realiti kan..kita boleh lihat cinta monyet ni d mana2 especially di sekolah & institut pengajian..even budak sekolah rendah sekarang pun da pandai ber'cinta monyet'..manakan tidak, rancangan tv pada masa kini pun ada yang mengetengahkan crita kanak2 yang da pandai bercintaB-)

Tym sekolah rendah dulu i x pernah pula terfikir benda2 cam ni..fikiran i tym tu cuma bermain, cam mana mo dapat no 1 dalam kelas, cam mana mo cari kengkawan yang sekepala, crita psl kartun d tv & lain2 la..ala..dunia budak2 sekolah rendah yang 'normal'. cam mn pula ngan u all?
~O)

Tepuk dada, tanya la hati, kolaborasi ngan akal8-|..

Sila komen & berikan la pendapat anda mengenai benda ni terutamanya yang berpengalaman..hehe

0 comments: